in

Gadis Ini Kongsi Tips Untuk Buat Kulit Nampak ‘Flawless’ & Sihat Guna Kiub Ais

Fi Ais

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Girls yang ada masalah kulit muka mesti selalu stress kan nak maintain jaga? Kadang-kadang bukan dalam kalangan girls je, masalah acne semua tu boys pun ada juga!


So, ada tips yang dikongsi menerusi Tweet dari ShuhadahAzman dengan menggunakan ais je!

Kelebihan kiub ais untuk kulit muka

Melalui tweet dari hakak silau ini, terdapat lima kelebihan menggunakan kiub ais untuk kulit muka kita. Ia dapat meningkatkan penyerapan produk lain, mengurangkan keradangan, menghapus dark circles, kulit cepat glowing dan menjadikan makeup nampak flawless.

‘Resepi’ dari kiub ais yang bagus untuk kulit muka

Melalui thread Twitter ini juga telah dikongsikan tiga ‘resepi’ yang boleh dicuba untuk merawat kulit muka menggunakan kiub ais.

“Green tea puffy eye cubes” 

Ice Cube On Face 15 Beauty Benefits

Green Tea atau teh hijau sangat bagus untuk bahagian mata untuk tampak lebih segar. Gunakan strong green tea, tuangkan ke dalam bekas kiub ais dan bekukan. Gabungan caffeine dan ais dapat mengurangkan bengkak dan cecair berlebihan di sekeliling bahagian mata.

“Ice water”

Bowl Of Ice Water

Tips paling mudah dan semua orang boleh buat, cuci je muka guna air biasa dalam bekas ais! Menurut laman Healthline, rawatan kulit muka menggunakan ais dapat mengurangkan keradangan dan mengecilkan liang pori pada kulit muka supaya nampak tidak berminyak.

“Cucumber ice cubes”

Cucumber 1619593859 Lb

Pasti kebanyakan sudah tahu bahawa timun sering digunakan dalam bahan untuk skincare kerana ia secara semula jadi dapat menyejukkan dan menenangkan iritasi kulit muka selain membersihkan dan melembabkan kulit supaya nampak lebih berseri-seri. Blend je timun tu dengan air sikit dan bekukan dalam bekas kiub ais. Lepastu, boleh lah tuamkan ke muka.

Apapun tips dan resepi yang dikongsikan, penting untuk kita tahu jenis kulit muka dan bahan yang boleh dan tidak boleh digunakan untuk kulit kita. Hal ini disebabkan oleh jenis kulit muka setiap orang adalah berbeza.

Hakak silau ini juga ingatkan, kalau uols ada kulit muka yang sensitif dengan bahan-bahan dia share tu, just try guna ice water je. Selamat mencuba! 

Baca: [VIDEO] Doktor Indonesia Ditangkap Secara Paksa Gara-gara Dedah Skincare Influencer Mengandungi Hidroquinon

Baca Ais

Sumber: stylecraze
Sumber: helloglow.co
Sumber: lifeberrys

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.