Seorang gadis tular apabila tindakannya membeli ramen bersaiz gergasi dan membawa pulang menaiki kenderaan awam.
Orang awam yang berada dalam kereta api itu terkejut kerana pertama melihat saiz ramen sebesar itu.
Wanita itu tidak menjangkakan reaksi pengguna pengangkutan awam turut terkejut dan hanya mampu ketawa melihat reaksi mereka.
Namun apa yang menjadi tumpuan adalah dimana reaksi seorang kanak-kanak lelaki yang terkejut kerana tidak pernah melihat ramen sebesar itu.
Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan teruja melihat saiz itu dan ada juga komen yang bertanyakan dimana untuk mendapat ramen itu.