in

Gadis Baik Hati Belanja Nenek dan Kanak-Kanak Kelaparan Makan di Restoran Makanan Segera

Treat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Membantu mereka yang memerlukan tidak semestinya harus dirancang sebaiknya dan dilakukan dalam satu acara, ianya juga boleh berlaku secara tiba-tiba dan tanpa diduga.

Baru-baru ini seorang wanita dari Filipina telah menyentuh hati dan mendapat pujian ramai netizen selepas berkongsi pengalamannya di Facebook.


Mikee Blanco telah memuat naik status berserta beberapa gambar dan berkongsi kisah di mana dia telah membelikan makanan kepada seorang warga emas yang dijumpainya. Namun, apa yang dilakukannya selepas itu lebih mengagumkan!

Mikee menulis,

“Penjual sampaguita (sejenis bunga) menegur saya malam tadi dan memberitahu dia belum makan apa-apa satu hari. Jadi, saya mengajaknya untuk ikut saya ke Jollibee.”

J
sumber: aveasia

Kasihan dengan apa yang didengarinya dari wanita tua itu, Mikee tidak sanggup menolak dan bersetuju untuk membelanjanya makan di restoran makanan segera tersebut.

Belanja
sumber: facebook

Ketika sedang menuju ke restoran, beberapa kanak-kanak yang menjual bunga dan kelaparan ternampak Mikee bersama wanita tua itu. Mereka segera mendekati dan bertanya jika boleh ikut bersama ke restoran untuk makan.

Meskipun pada asalnya Mikee hanya merancang untuk belanja wanita tua itu sahaja, dia bagaimanapun tidak sampai hati untuk menolak dan mengecewakan mereka. Jadi, dengan hati terbuka dia menjemput kesemua mereka untuk bersama-sama menikmati makanan di restoran itu.

Belanja2
sumber: facebook
Belanja3
sumber: facebook
Belanja5
sumber: facebook

Bukan itu sahaja, demi untuk memberi mereka kepuasan kerana kelaparan, Mikee tidak membeli set ayam goreng sebaliknya membeli satu bucket ayam goreng untuk mereka. 

Meskipun perlu mengeluarkan wang yang agak banyak untuk membeli makanan itu semua, melihat senyuman mereka sudah cukup membuatnya gembira dan berasa puas.

Belanja6
sumber: facebook

Mikee turut menulis,

“Melakukan kebaikan secara spontan benar-benar memberikan satu kepuasan terutamanya membantu mereka yang memerlukan dan tahu ianya menggembirakan mereka.”

Kita memerlukan lebih ramai orang seperti Mikee yang menghulurkan bantuan demi menggembirakan orang yang memerlukan.

Baca: Pengemis Minta Gadis Beli Makanan, Namun Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Pengemis Menangis

Pengemis 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.