in

Gadis 14 Tahun Lacur Diri Buat Seks Bersama 35 Lelaki Semata-mata Untuk Beli Smartphone

Smartphone

Boleh dikatakan semua individu memiliki smartphone pada zaman sekarang. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak juga ramai yang sudah memiliki smartphone pada usia yang sangat muda. Melihatkan keadaan ini, seorang gadis yang terlalu ingin memiliki smartphone telah melakukan perkara yang tidak elok demi mendapatkan wang.

Menurut The Star, seorang gadis berusia 14 tahun sanggup menggadaikan maruah diri sendiri demi mendapatkan sebuah smartphone. Gadis tersebut yang tidak didedahkan namanya dilaporkan telah melacurkan diri sebanyak 35 kali hanya kerana ingin mendapatkan wang untuk membeli smartphone yang diingininya.

Susm
sumber: mstar

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa membuat kenyataan bahawa kes terbabit merupakan salah satu di antara kes yang melibatkan kes perdagangan seks melibatkan pelajar bawah umur pada tahun lalu. Berdasarkan siasatan dan risikan yang dilakukan oleh mereka, pelacur tempatan bawah umur dikatakan menyediakan perkhidmatan dengan harga murah.

Menawarkan servis seks dengan harga serendah RM300, Rohaimi juga memaklumkan bahawa bayaran yang diterima oleh pelacur-pelacur bawah umur tersebut akan dibahagiakan sebahagiannya kepada anggota sindiket.

Ini bermakna, gadis berusia 14 tahun itu hanya akan memperoleh sebanyak RM150 untuk bahagiannya,” kata Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman itu.

Oh2
gambar hiasan

Dengan bayaran yang sangat rendah, gadis bawah umur tersebut perlu melayan pelanggan dan memberikan perkhimatan seks sehingga berpuluh-puluh kali sebelum dia dapat mengumpul wang untuk membeli telefon pintar yang diingini.

“Bagi mendapatkan telefon pintar yang bernilai sekitar RM5,000, dia perlu melayan pelanggan sebanyak 35 kali,” kata Rohaimi lagi.

Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Janganlah sampai sanggup menggadaikan maruah diri hanya semata-mata kerana nak guna telefon pintar. Harap ibu bapa pantau anak-anak…

Nota: Gambar di atas hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Baca: Gadis 17 Tahun Sanggup Jual Dara Untuk Beli iPhone 8, Lihat Apa Yang Berlaku Selepas Itu….

Jual