in

Gadis 17 Tahun Sanggup Jual Dara Untuk Beli iPhone 8, Lihat Apa Yang Berlaku Selepas Itu….

Dara Featured
Lobak Merah
Lobak Merah
Gadis 17 Tahun Sanggup Jual Dara Untuk Beli iPhone 8, Lihat Apa Yang Berlaku Selepas Itu....
Loading
/

Jika anda benar-benar mahukan sesuatu, anda pasti berusaha sedaya upaya untuk memiliki barang itu kan? Namun, janganlah sehingga menggadai maruah demi mendapatkan sesuatu hanya kerana mahu mengikut ‘trend’.

Itulah yang berlaku kepada seorang remaja di Beijing ini yang sanggup menggadaikan maruahnya demi mendapatkan telefon pintar iPhone 8, lapor Nextshark.

Dara 1

Kisah gadis itu diceritakan oleh seorang vlogger, Nana yang mahu ianya dijadikan iktibar kepada semua remaja di luar sana. Menurut Nana, gadis berusia 17 tahun bernama Xiao Chen itu telah dikenakan dalam satu prank yang dirancang untuk memberikannya pengajaran.

Xiao telah menawarkan daranya melalui satu entri di internet dengan harga 20,000 yuan (RM31,343) hanya kerana keinginannya untuk memiliki iPhone 8!

Nana yang ternampak entri itu kemudian merancang untuk merakamkan video sikap remaja itu dan mengaturkan pertemuan bersama Xiao dengan menyamar sebagai pembantu peribadi seorang usahawan kaya raya.

Dara 2

Semasa pertemuan itu, kru video merakamkan perbualan mereka dan Xiao berkata kepada Nana bahawa dia benar-benar mahukan telefon pintar tersebut.

Kawan saya semua sudah beli iPhone 8. Saya pun mahu beli satu. Tetapi saya tiada banyak wang.”

Xiao turut memberitahu bahawa seorang pelajar pernah mendedahkan kepadanya tentang ‘kerja’ itu yang berjaya membuatkannya percaya.

Saya dengar, ada pelajar di sekolah berjaya dapatkan 20,000 dengan kerja ini.”

Saya hanya perlu baring (atas katil) sahaja kan? Selepas itu, ianya berakhir dengan pantas. 20,000 dan kita dapat apa yang kita sama-sama mahukan. Saya dah fikir masak-masak.”

Dara 3

Nana kemudian berpura-pura mengaturkan pertemuan Xiao bersama majikannya itu.

Melalui video itu, Xiao kemudian dirakam berada di dalam sebuah bilik bersama ‘pelanggannya’ di mana lelaki itu menyerahkan iPhone 8 kepadanya.

Dara 4

Dara 5

Menyangka semuanya semudah itu dan sudah berakhir, Xiao dilihat terkejut apabila lelaki tersebt memanggil tiga lagi individu yang keluar daripada tandas bilik tersebut. Kesemua lelaki itu tidak berbaju dan salah seorangnya memegang kamera untuk merakamkan aksi ranjang mereka.

Dara 6

Dara 7

Panik, Xiao kemudian cuba keluar dari bilik itu namun lelaki-lelaki tersebut berjaya menggenggam tangan dan menjatuhkannya  ke katil. Xiao dalam posisi baring dilihat mencuba sedaya upaya melepaskan diri apabila tangan dan kakinya digenggam erat jejaka itu semua.

Dara 8

Dara 9

Drama itu hanya berhenti selepas Nana muncul membuatkan Xiao lega tetapi berada dalam keadaan keliru. Nana mengambil kesempatan itu untuk ‘sekolahkan’ Xiao, membuatkan gadis itu menangis. Dia kemudian meneruskan ceramahnya selepas meminta kesemua lelaki itu keluar dari bilik tersebut.

Dara 10

Dara 11

Dara 12

Netizen yang menonton video itu rata-ratanya berterima kasih dan setuju dengan apa yang dilakukan Nana demi untuk memberi pengajaran kepada semua remaja.

Demi mahu capai keinginan, sanggup gadai maruah. Ambil kisah ini sebagai pengajaran ye..

Baca: Gadis Jual Dara RM126, 000 Demi Kumpul Dana Untuk Abang Hidap Kanser

Page 5