in

8 Perangai Annoying Orang Malaysia Bila Nak Cari Kerja. Korang Macam Ni Tak?

5 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak tahu, bermacam-macam perangai individu di Malaysia ni ketika mohon kerja, especially waktu interview. Perkara-perkara common yang mereka buat ni no doubt, memang annoying!

Berdasarkan pengalaman seorang perekrut yang pernah bekerja di sebuah agensi pekerjaan di Malaysia, individu dikenali sebagai Kleyow tersebut ada berkongsi beberapa perangai yang pernah dilakukan pemohon pekerjaan di negara kita. Ini antara perkara annoying yang pernah dilakukan pemohon pekerjaan Malaysia.


 

1. Guna alamat emel tidak profesional

Perkara pertama yang perlu disediakan ketika mahu mohon perkerjaan sudah pastinya resume lengkap dengan maklumat diri, pengalaman kerja dan beberapa lagi informasi bersesuaian yang harus diketahui oleh perekrut dan syarikat terbabit.

Pun begitu, terdapat segelintir individu yang mengguna emel tidak profesional sewaktu memohon pekerjaan. Nama emel yang kedengaran tidak serius dan keanak-anakan boleh menggambarkan perwatakan diri dan mungkin menjadi salah satu faktor yang mengganggu pengambilan anda sebagai pekerja.

1 6
sumber: starterist

 

2. Memohon kerja dengan latar belakang berbeza

Selalunya ada di antara kita yang pernah dinasihatkan untuk tidak terlalu memilih kerja. Namun, janganlah sampai mohon pekerjaan yang langsung tiada kena mengena dengan kelayakan kita. Mungkin terlalu bersemangat mahu memohon pekerjaan, habis semua jenis pekerjaan dia apply.

Elakkan memilih industri kerja yang berbeza latar belakang kerana ini bukan sahaja tidak membazirkan masa anda malah memudahkan kerja perekrut sewaktu memilih resume nanti. Sentiasa perhatikan kehendak syarikat dan minta pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan masing-masing.

2 1
sumber: the grindstone

 

3. Bermasalah waktu temuduga

Ini antara perkara paling penting ketika mohon pekerjaan namun masih ramai yang bermasalah sewaktu menghadiri temuduga. Bukan sahaja lambat datang, ada juga pemohon pekerjaan yang tidak hadir ke temuduga tetapi tidak memberikan sebarang notis.

Selain itu, ada juga individu yang terlupa bawa dokumen penting sewaktu sesi temuduga atau hadir dengan pakaian yang tidak kemas. Terdapat juga pemohon pekerjaan yang terlalu gemuruh di hadapan interviewer sehingga berlakunya perkara-perkara yang tidak memberikan tanggapan yang baik kepada interviewer.

3 3
sumber: workforcewatercooler

 

4. Hanya tahu nama jawatan

Jika hendak mohon pekerjaan dan hadir temuduga, seseorang individu seeloknya membuat sedikit background research terhadap syarikat yang ingin dituju dan jawatan yang dipohon. Walau bagaimanapun, ada individu yang hanya datang tangan kosong tanpa sebarang maklumat ini.

Apa yang dia tahu hanya nama jawatan yang dipohon sahaja dan langsung tidak tahu tugas yang kebiasaannya dilakukan serta kadar gaji yang bersesuaian dengan pekerjaan tersebut. Seeloknya persiapkan diri dengan maklumat penting seperti ini bagi menunjukkan kesungguhan kita untuk dapatkan kerja itu.

4 2
sumber: arkadin

 

5. Minta gaji tinggi tetapi tiada pengalaman

Pengalaman adalah perkara penting dalam memohon pekerjaan. Zaman sekarang, semakin ramai majikan yang menetapkan tahun pengalaman sebagai salah satu syarat untuk memohon pekerjaan di syarikat mereka. Berdasarkan tahun pengalaman ini, mereka dapat menawarkan gaji yang sesuai kepada pemohon pekerjaan.

Namun pemohon pekerjaan di Malaysia ni, ramai yang minta perekrut menaikkan gaji melebihi apa yang ditawarkan dan tidak kena dengan pengalaman kerja masing-masing. Ada yang tiada pengalaman kerja namun meminta gaji hampir RM3500 dalam permohonan.

5 1
sumber: business insider

 

6. Guna bahasa berbeza daripada kehendak perekrut

Di negara kita, terdapat pelbagai bahasa yang boleh digunakan sewaktu proses temuduga. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah bahasa utama yang sering digunakan sewaktu sesi temuduga di negara kita. Kebiasaannya pemohon pekerjaan akan menggunakan bahasa yang digunakan oleh penemuduga.

Lain pula dengan sesetengah rakyat Malaysia yang diceritakan oleh Kleyow, ada yang hanya mahu berbicara dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja terutamanya jika temuduga melalui perbualan telefon. Seeloknya anda periksa terlebih dahulu bahasa pengantara yang digunakan di syarikat berkenaan bagi mengelakkan perkara tak diingini.

6
sumber: hypnosisnow

 

7. Tidak sedia untuk berpindah

Ada juga pemohon pekerjaan yang sudah cukup kelayakan dan bersungguh untuk memohon sesuatu pekerjaan, namun cukup memilih bila sampai part lokasi pekerjaan. Mereka hanya mahu lokasi yang dekat dengan rumah dan tidak menyusahkan.

Ada juga juga yang mahu lokasi pekerjaan tersebut tidak terlalu jauh dan berdekatan dengan LRT. Mereka mahukan pekerjaan namun tidak bersedia untuk berpindah supaya dapat tinggal lebih dekat dengan lokasi pekerjaan. Jika anda begini, ini adalah salah satu sikap yang tidak disukai perekrut.

7
sumber: the spruce

 

8. Tidak sabar tunggu jawapan temuduga

Semua orang yang menghantar permohonan pekerjaan dan menghadiri sesi temu duga pastinya akan tertunggu-tunggu jawapan yang diberikan. Namun terdapat sebilangan individu yang tidak boleh bersabar dan sangat tergesa-gesa untuk mengetahui keputusan permohonan tersebut.

Ada yang pernah bertanyakan status permohonan hanya sehari selepas sesi temu duga! Sesetengah permohonan perlu melalui banyak proses selepas dihantar kepada syarikat yang berkenaan. Oleh sebab itu, adalah tidak oatut jika kita mahu mendapat keputusan hanya sehari selepas menghantarnya.

8
sumber: prepary

Macam-macamlah rakyat Malaysia ni bila minta kerja ye. Korang pernah buat perangai ni tak?

Baca: 7 Perkara Korang Confirm Buat Waktu Kelas PJK di Sekolah

Pjk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.