in

Founder Cium Mulut ‘Adik Angkat’ Sudah Ditahan – Polis Bukit Aman

ft ciumadik

Baru-baru ini, viral sebuah video menunjukkan seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak lelaki yang didakwa sebagai adik angkatnya. Video tersebut viral di media sosial dan ramai yang terkejut kerana kanak-kanak itu dikatakan sudah menjadi mangsa ‘sexual grooming’.

cium

Susulan itu, pihak polis dilaporkan telah memburu dan lelaki yang juga merupakan pengasas produk kecantikan itu sudah pun berjaya ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, suspek ditahan selepas seorang individu membuat laporan terhadapnya.

Suspek hadir ke sebuah balai polis di ibu negara untuk memberi kerjasama dan dia kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.”

Siasatan lanjut kini masih dijalankan dan suspek masih dalam tahanan polis.”

polis2 1

Kes itu kini sedang disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Difahamkan, selepas video tersebut viral suspek bertindak nyahaktif akaun TikTok miliknya.

Baca: “Ya Tuhan, apa benda ni?” – Netizen Kecam ‘Founder’ Muat Naik Video Buat Perkara Tak Senonoh Kepada Adik Angkat!

founder cium