in

“FOMO ke memang lapar?” – Netizen Pertikai Orang Ramai Sanggup Beratur Demi Mi Segera Harga RM15

Ft Megi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video tular baru-baru ini memperlihatkan orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan menu mi segera viral yang dikatakan bertapak di Setiawangsa.

Jika diperhatikan dalam video tersebut memang sangatlah panjang dan ditayangkan juga menu mi segera tersebut yang ada letak pelbagai topping dan difahamkan satu menu mi segera itu harganya antara RM 8 hingga RM 15.


Artikel berkaitan : Pasang Pemasa Dalam Tandas Wanita Agar Pengguna Tak Perlu Beratur Lama

Artikel berkaitan : Tak Sampai Hati Tengok, Peniaga Nasi Briyani Ini Bagi Kemudahan Wanita Mengandung Tak Perlu Beratur

Disebabkan itu ia mengundang pelbagai reaksi sinis netizen kerana orang ramai sanggup beratur demi semangkuk mi segera.

Dalam pada itu, ramai yang anggap tindakan mereka ini demi nak mengejar trend atau demi kandungan di media sosial selain ada yang mempertikaikan tahap kualiti makanan kerana menggunakan air rebusan berulang kali.

Megi Megi 2 Megi 3 Megi 4 Megi 5 Megi 6 Megi 7

Walaubagaimanapun, ada yang menyokong tindakan orang ramai ini kerana ingin membantu peniaga tersebut, malah ada juga yang beranggapan bahawa mungkin ada kunikan lain pada menu itu, bukan untuk mi segera semata-mata.

Megi 8 Megi 9 Megi 10

Bila tengok video tiba-tiba lapar mi segera pula, patut ke min pergi juga ke masak je kat rumah?

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.