in

“Fitnah tersebar dia ‘rehat’ di hospital utk elak kes mahkamah” – Nurul Zahid Kongsi Bukti Bapa Sakit Pada Netizen

Ft Zahid Hamidi Jalani Pembedahan Perbicaraan Tangguh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak perempuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah telah memuat naik video serta beberapa perkembangan tentang keadaan bapanya di Instagram. Katanya, tindakan itu susulan timbulnya desas desus mengatakan Presiden UMNO itu seolah-olah sengaja tidak mahu ke mahkamah untuk perbicaraan kes yang dijadualkan berlangsung semalam.

Beliau dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam bagi menjalani prosedur pada bahagian tulang belakangnya. Menurut peguam bela, Ahmad Zahid mengalami kesakitan akibat terjatuh dan tidak mampu duduk terlalu lama.


Zahid Hamidi Di Mahkamah

 

Tergerak hati mahu rakam, jadi bahan bukti

Menurut Nurul Hidayah, dia telah mengambil tindakan untuk merakamkan detik beliau ditolak dan dibawa ke bilik pembedahan tanpa pengetahuan bapanya. Katanya, dia tahu video tersebut akan menjadi bukti kepada orang ramai ketika ia diperlukan.

Sangkaan sy amat tepat! Belum pun Abah selesai di OT, berita fitnah tersebar yg dia sedang ‘berehat’ di hospital utk elak kes mahkamah!”

Tak masuk akal. Benda sakit ni bukan boleh buat buat.”

Instagram Story Nurul Zahid

 

Mahkamah akan panggil doktor

Mahkamah Tinggi dilaporkan akan memanggil seorang doktor pakar hospital itu bagi mejelaskan keadaan kesihatan beliau selepas tidak hadir pada perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya itu, lapor Utusan.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, sapina akan dikeluarkan kepada doktor berkenaan agar dia hadir untuk menjelaskan prosedur yang akan dijalankan serta tempoh masa yang diperlukan sebelum tertuduh benar-benar pulih.

Pm Lawat Zahid Hamidi

Mahkamah tidak boleh membenarkan sebarang penangguhan lagi dan akan memanggil doktor berkenaan menjelaskan keadaan kesihatannya serta prosedur yang akan dijalankan.”

Menerusi posting Instagram juga Nurul Hidayah turut berkongsi bapanya telah menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri selepas beliau menjalani pembedahan tersebut.

Baca: Hakim Bengang Najib Razak Tak Hadir Perbicaraan 1MDB

Ft Hakim Bengang Dengan Najib

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.