in

Hakim Bengang Najib Razak Tak Hadir Perbicaraan 1MDB

Ft Hakim Bengang Dengan Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini sepatutnya perbicaraan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijalankan namun  beliau tidak hadir prosiding.


Menurut Berita Harian, sebaik sahaja perbicaraan kes itu bermula jam 9.30 pagi tadi, peguam wakilnya Rahmat Hazlan memaklumkan pihak mahkamah bahawa anak guamnya dipanggil ke Istana Negara bagi mengesahkan sokongannya kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

 

Tetap diteruskan jam 2.30

Hakim Bengang Dengan Najib

Rahmat berkata, Najib bersama dan Ahli Parlimen dipanggil untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Bagaimanapun, tidak diketahui masa spesifik untuk Najib akan dipanggil menghadap Yang Di-Pertuan Agong.

“Najib dijangka beredar dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menuju ke istana pada jam 10.30 pagi,” katanya.

Hakim Collin Lawrence Sequerah berang mendengar penjelasan itu dan menyatakan bahawa Najib sepatutnya hadir ke mahkamah terlebih dahulu.

Ini kerana, Yang Di-Pertuan Agong memanggil semua Ahli Parlimen untuk menghadap dan beliau sememangnya perlu berada di sana. Namun, laporan media menyatakan, ia akan dilakukan secara berperingkat.

“Anak guam anda perlu memaklumkan kepada mahkamah jam berapa beliau perlu berada di istana kerana kes ini akan diteruskan,” katanya sebelum menangguhkan perbicaraan selama 10 minit.

Hakim Bengang Dengan Najib 2

Namun begitu, sebaik mahkamah mula bersidang, Rahmat memaklumkan pihaknya tidak dapat memaklumkan waktu spesifik untuk Najib bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.

Walaubagaimanapun, perbicaraan itu tetapakan diteruskan dan meminta peguam untuk memaklumkan mengenai pertemuan Najib dengan Agong.

“Kita semua mempunyai tugas yang perlu dijalankan. Sekiranya dipanggil menghadap Agong, beliau harus menghadirkan diri, namun, beliau tidak perlu berada di sana seharian.”

“Beliau boleh memberikan pandangan kepada Yang di-Pertuan Agong dan kembali semula ke sini,” katanya.

Mahkamah kemudian memaklumkan perbicaraan kes akan disambung pada jam 2.30 petang. Semalam, prosiding perbicaraan pada sesi pagi terpaksa ditangguh bagi membolehkan Najib menghadiri mesyuarat di WTCKL.

Kata Sequerah lagi permohonan penangguhan bagi menghadiri mesyuarat atau sebarang acara dibenarkan, namun perbicaraan itu perlu disambung pada sebelah petang.

Untuk rekod, Najib Razak, 68, berhadapan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

 

Baca : “Confirm ramai tengok!” – Trailer Baru Netflix Dirty Money Season 2 Buat Pasal Skandal 1MDB, Ada Najib & Rosmah!

Collage 70

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.