in

Film Movement Angkat Karya Anak Tempatan Untuk Tayangan Di Amerika Utara

3Roh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem Roh telah terpilih untuk ditayangkan di Amerika Utara bermula hujung tahun ini. Filem yang mewakili Malaysia untuk anugerah berprestij Oscars telah dipilih oleh Film Movement dan bakal ditayangkan di sana.


Screenshot 2021 06 05 At 2.38.54 Pm

Menurut ScreenDaily.com, pihak Film Movement yang sering menayangkan filem-filem terbaik dari seluruh dunia telah mendapat hak untuk mengedar secara wayang dan virtual bermula suku keempat tahun ini dan seterusnya dalam bentuk digital.

Micheal Rosenberg, Presiden Film Movement berkata beliau sangat teruja dengan karya dari Malaysia dan sangat bersesuaian dengan aspirasi mereka iaitu menayangkan filem-filem terbaik dari seluruh dunia.

Screenshot 2021 06 05 At 2.39.53 Pm

Filem Roh adalah karya sulung Emir Ezwan dan menampilkan 6 orang pelakon iaitu Namron, Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, June Lojong dan Puteri Qaseh.

Filem berdurasi 82 minit ini mengisahkan tentang satu keluarga daif yang menetap dipinggir hutan didatangi seorang budak perempuan yang memberi sebuah ramalan ngeri. Pelbagai peristiwa mistik berlaku selepas itu.

Untuk korang yang belum tengok lagi filem ni, korang boleh tengok kat Netflix. 

 

Baca: Terbaik! Finas Umum Pertandingkan Filem Roh Ke Oscar Tahun Depan

Screenshot 2021 06 05 At 3.02.30 Pm

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.