in

Fenomena Rare! Gerhana Bulan Penuh ‘Blood Moon’ Boleh Disaksikan Di Malaysia Malam Ini!

incollage save

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam ini rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau lebih dikenali sebagai ‘Blood Moon’.

Fenomena tersebut dijangka bermula sekitar jam 11.28 malam dan berakhir sepenuhnya pada jam 4.55 pagi esok.


Ia akan mencapai kemuncaknya pada jam 2.11 pagi apabila bulan kelihatan berwarna merah menyala.

IMG 6509

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada jam 11.28 malam sebelum bergerak ke fasa separa sekitar jam 12.26 tengah malam.

“Fasa penuh pula dijangka bermula pada jam 1.30 pagi dan berakhir pada jam 2.53 pagi, manakala keseluruhan fenomena akan tamat menjelang jam 4.55 pagi,” katanya.

Artikel berkaitan: Fenomena Gerhana Bulan Penuh Bakal Berlaku Di Malaysia Pada 26 Mei Ini

Artikel berkaitan: Lepas Gerhana Matahari & Meteor, Esok Malam Korang Boleh Tengok Gerhana Bulan Penumbra Pula!

Menurut MYSA, fenomena bulan kelihatan merah berlaku apabila cahaya matahari melalui atmosfera bumi dan dibias ke permukaan bulan.

“Cahaya yang dibias ini membuatkan bulan kelihatan kemerahan atau jingga yang dikenali sebagai ‘Blood Moon’.

“Di Malaysia, bulan akan berada di atas ufuk sepanjang fenomena ini berlaku, sekali gus membolehkan orang ramai menyaksikannya dengan mata kasar tanpa menggunakan teleskop.

“Namun begitu, penggunaan teleskop atau teropong akan memberikan pengalaman yang lebih jelas dan mengujakan,” katanya.

IMG 6507

IMG 6506
MYSA juga memaklumkan bahawa orang ramai digalakkan untuk hadir ke balai cerap di seluruh negara yang menganjurkan aktiviti pemerhatian bagi memberi peluang masyarakat menimba pengetahuan tentang fenomena astronomi ini.

Fenomena gerhana bulan penuh ini bukan sahaja boleh disaksikan di Malaysia tetapi juga di beberapa negara lain termasuk Eropah, Afrika, Asia, Australia dan New Zealand.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan alam yang jarang-jarang berlaku ini.

Sediakan kamera atau telefon pintar, setkan alarm dan nikmati keindahan Blood Moon malam ini!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.