Korang pernah tengok gerhana bulan tak? Gerhana bulan ada banyak jenis tau. Antaranya gerhana bulan penuh dan gerhana bulan separa.
Melalui satu tweet yang dimuat naik oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di akaun Twitter milik mereka hari ini, mereka memaklumkan yang fenomena gerhana bulan penuh bakal berlaku pada 26 Mei 2021 bersamaan dengan 14 Syawal 1442H di seluruh Malaysia.
FENOMENA GERHANA BULAN PENUH
Pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H ini akan berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh di seluruh Malaysia.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh ini.#jomkenalifalakpmwp pic.twitter.com/KCS7tmulia
— Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (@jabatanmuftiwp) May 24, 2021
Siapa yang belum pernah berpengalaman tengok gerhana bulan, korang jangan lepaskan peluang ini untuk saksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku ini tau.
Gerhana bulan penuh
Bersama makluman tentang fenomena gerhana bulan penuh yang bakal berlaku, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga berkongsi maklumat ringkas tentang gerhana bulan penuh melalui satu infografik.
Antara maklumat yang dikongsikan adalah warna permukaan bulan akan berubah dari warna putih bersinar kepada merah-merahan. Bukan itu sahaja, bulan juga sebenarnya berada di kedudukan yang paling hampir dengan Bumi pada waktu berlakunya gerhana itu iaitu pada jarak 357,460 km. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Perigee.
Gerhana bulan penuh ini berlaku dalam fasa bulan purnama dan pada ketika ini juga bulan akan berada di kawasan bayang-bayang bumi yang gelap yang dipanggil sebagai umbra. Kesan umbra ini korang boleh tengok sendiri dengan mata kasar.
Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) ketika berlakunya fenomena ini.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut berkongsikan waktu untuk korang yang tinggal di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bersedia untuk melihat fenomena gerhana bulan penuh di kawasan masing-masing. Fenomena ini akan bermula pada jam 7.11 malam di Labuan dan 7.15 malam di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta dijangka tamat pada jam 8.52 malam.
Siapa excited nak tengok gerhana bulan penuh ni angkat tangan?
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Baca:Rakyat Malaysia Berpeluang Menyaksikan Gerhana Bulan ‘Super Pink Moon’ Pada Hari Rabu, 8 April Ini