in

‘Fed Up’ Dengan ‘Online Dating Apps’, Wanita Cuba Cari Jodoh Di Kedai Perkakasan Rumah

Ft Leesh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara tak jumpa boyfriend di aplikasi dating online, seorang wanita sanggup menebalkan muka untuk mencari jodoh di tempat terbuka.

Leesh Cunningham yang berusia 26 tahun dikatakan fed up kerana tak menjumpai teman lelaki secara online jadi dia telah mengikut rekomen dari followers untuk mencari lelaki di kedai alat perkakasan rumah kerana menurut mereka, biasanya kedai sebegitu mempunyai ramai pekerja lelaki.


Leesh Cunningham

Leesh

 

Ada stok tak?

Tular baru-baru ini di media sosial setelah dia kongsi videonya mencari-cari jejaka idaman di Bunnings Warehouse, Australia.

Dalam video yang tular, Leesh kelihatan singgah dari lorong ke lorong kedai tersebut bagi mencari calon namun hampa. Jadi, dia telah bertanya kepada staf sekiranya mereka ada ‘stok’ atau tidak.

Saya sedang mencari calon suami, mereka beritahu korang ada kat sini.”

Staf tersebut layan sahaja. Dia mengatakan sekiranya mereka mempunyai ‘stok’, biasanya mereka akan berada di kawasan hujung belakang sebelah kiri.

Leesh2

Leesh3

Leesh4

Korang boleh tengok video kat sini..

Setelah itu, Leesh terus pergi ke kawasan yang dinyatakan namun lagi sekali menemukan kehampaan kerana tiada lelaki di situ walaupun ditunggu untuk beberapa ketika.

 

Dibanjiri DM

Disebabkan pekerja lelaki di kedai itu gagal dikesan, Leesh pulang dengan tangan kosong.

Bagaimanapun, Kosmo melaporkan bahawa wanita muda yang bekerja sebagai pengurus cawangan syarikat sewa kereta ini dibanjiri oleh DM dari pelbagai peringkat umur.

“DM saya (mesej langsung di Instagram) dibanjiri mesej rawak daripada semua peringkat umur.”

Leesh1

Mungkin belum sampai jodoh. Korang pernah buat macam ni tak?

 

Baca : “Love is in the air” – Syarikat Penerbangan Taiwan Tawar Khidmat Cari Jodoh Di Awan Biru

Leesh5

Sumber: thesunUK
Sumber: thesunUK
Sumber: Kosmo
Sumber: thesunUK
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.