in

Fasilitator Jawab Dakwaan Pelajar UiTM ‘Dipaksa’ Sertai Program Politik

FT PELAJAR POSITIF

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini satu isu menjadi bualan hangat netizen apabila khabar berita mengenai ada pelajar UiTM disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri satu program kepimpinan.

Apa yang menjadi topik adalah sumber laporkan bahawa majlis itu didakwa anjuran daripada parti politik di Melaka.


 

Buat event politik waktu pandemik, wajibkan kehadiran, pelajar dapat Covid – Syed Saddiq

Susulan itu, menerusi Astro Awani, beberapa kolej kediaman pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Lendu, Alor Gajah, Melaka terpaksa ditutup.

Malah, terdapat lapan lagi pelajar lain turut mengalami gejala upper respiratory tract symptoms (URTI).

Berikutan dengan isu tersebut, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terpanggil untuk memberikan respon.

Menurut beliau menerusi Twitter miliknya, kaedah ‘memaksa’ pelajar untuk pergi ke majlis untuk berkempen itu adalah cara lama.

 

Ini bukan program anjuran politik – Fasilitator program

Berikutan dengan kenyataan itu, ia membuatkan salah seorang yang terlibat dalam program tersebut terpanggil untuk tampil memberikan kenyataan balas mengenai dakwaan ‘paksaan’ yang dikaitkan dengan sentimen politik itu.

Katanya, program itu bukanlah anjuran politik tetapi hasil kerjasama pihak NGO dan UiTM sendiri. Malah mengenai ‘paksaan’ itu, salah seorang fasilitator dalam program tersebut yang dikenali sebagai Ainaa Fakhira menjawab bahawa pelajar tidak dipaksa sama sekali.

Boleh tanya para peserta.”

https://twitter.com/ainaafakhira/status/1458760231136022529?s=21

Ainaa juga turut menjelaskan bahawa program tersebut tidak sama sekali berpihak kepada sesuatu parti.

“Untuk pengetahuan YB, para peserta didedahkan dengan ilmu ilmu politik matang dan tiada menyebelahi mana mana parti. Boleh mintak feedback dari peserta- peserta yang hadir.”

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman juga turut berkata perkara yang sama, beliau mengatakan bahawa ini adalah sebuah program kepimpinan anjuran  sebuah NGO pada 3 hingga 7 November 2021 lalu di sebuah resort di Alor Gajah.

Susulan dengan kejadian ini, beberapa kolej kediaman pelajar di UiTM Lendu, Alor Gajah telah diberikan notis penutupan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988 bermula 11 November 2021 sehingga 20 November 2021.

 

Baca : “Jangan cetus berita palsu”;- Ketua Pengarah Kesihatan Nafi Kes Pelajar Positif Coronavirus Di Ipoh

FEATURED 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.