Macam yang korang tahu, semalam merupakan prosiding pertama tuntutan cerai di antara Puteri Sarah Liyana dan suaminya Syamsul Yusof. Bukan itu sahaja, Sarah turut mendedahkan yang dia pernah dipukul oleh suaminya hingga menyebabkan dia membuat keputusan untuk keluar dari rumah.
Sarah juga turut sempat memberikan komennya bersama media di perkarangan mahkamah dan video yang dimuat naik di media sosial ini telah menarik perhatian pelakon Farid Kamil sehingga dia meninggalkan komen.
“Dia traumatic kena pukul ni”
Dalam komen tersebut, Farid mengatakan dari video yang dia lihat ini memang nampak seperti Sarah trauma dipukul. Dia juga turut mempersoalkan sekiranya golongan swasta wanita dan kanak-kanak dilindungi oleh kerajaan atau tidak apabila laporan yang pernah dibuat sebelum ini telah diklasifikan sebagai No Further Action (NFA).
Tak cukup dengan meninggalkan komen, Farid turut dilihat memerli seorang individu yang dikatakan pernah memukul isterinya pada tahun 2005 yang lalu di Instagram miliknya.
Menurutnya, laporan polis yang dibuat ke atas individu tersebut dari tahun 2005 sehingga 2020 tak pernah ada tindakan lanjut. Selain itu, Farid turut mengesahkan bahawa Diana pernah dipukul pada tahun 2005 namun tiada tindakan.
Farid turut mengatakan yang isterinya mengalami trauma sehingga sekarang dan turut menyindir ‘individu’ tersebut yang bergambar sambil menunjukkan jari ke atas.
Pelakon ini turut mengatakan kaum wanita sepatutnya dihormati dan bukan ditakutkan atau dipukul.
Pencinta wanita ya… Wanita penuh kelembutan dan lirik mata mereka lovely… Hormati mereka bukan takutkan wanita dan memukul.”
Untuk pengetahuan korang, Farid Kamil dan Diana Danielle telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata.
Baca: “Setiap tahun ada saka masuk minta dilepaskan” – Farid Kamil Luah Kekecewaan Dekat Siapa?