in

Farid Kamil Dedah Ambil Masa Sebulan Belajar Angkat Tangan Cara Anwar Ibrahim

Farid Kamil Angkat Tangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai pelakon utama yang memegang watak Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem Anwar, The Untold Story, Farid Kamil mendedahkan bahawa dia mengambil masa selama sebulan untuk mempelajari cara mengangkat tangan seperti yang dilakukan Perdana Menteri itu ketika ditahan pada 1998.


Menerusi Sinar Harian, pelakon dan pengarah terkenal itu berkata, persiapan tersebut dilakukan sebaik mungkin sebelum dia berangkat ke Jakarta, Indonesia untuk penggambaran.

Jelas Farid, dia berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri sebanyak tiga kali bagi memahami situasi sebenar yang berlaku terhadap Anwar.

1961950

“Sebelum berangkat ke Jakarta, saya hanya berlatih bagaimana kedudukan tangan Anwar dan lebih kurang satu bulan berlatih untuk mengangkat tangan seperti yang kita tengok di dalam poster tersebut.

“Setiap pergerakan yang dilakukan ketika itu adalah persoalan yang bermain di fikiran setiap rakyat Malaysia pada tahun 1998? Kenapa mata bekas Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) lebam? Apakah di sebalik kejadian dan benarkah berlaku kejadian seumpamanya?” katanya.

Selain itu, Farid juga membuat pembacaan terperinci seperti meneliti laporan perubatan Perdana Menteri yang didakwa ditumbuk ketika berada dalam tahanan demi menghayati karakter Anwar sebaik mungkin.

Filem Anwar, The Untold Story mengisahkan tentang perjalanan politik Anwar di Malaysia dalam memerangi rasuah dan dijangka menemui penonton secara rasmi di pawagam pada Mei ini.

Dibarisi pelakon popular tempatan dan seberang, filem tersebut menceritakan tentang perkara yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim sekitar 1993 hingga 1998.

Menurut pengarahnya Viva Westi, hampir 70 peratus kisah dalam filem tersebut menggambarkan keadaan sebenar sementara selebihnya diolah agar menjadi lebih dramatik dan sesuai untuk tontonan umum.

Baca: “Kita hidup susah, dia nak hidup pun susah” – Ini Jawapan PMX Lepas Kakitangan Awam Gesa Naik Gaji

Collage 17

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.