in ,

“Fan pokemon sejati ni” – Atuk Pasang 64 Telefon Pada Basikal Untuk Main ‘Pokemon Go’!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah tentu ramai diluar sana yang familiar dengan permainan Pokemon Go khususnya remaja. 


Namun seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun dari Taiwan ini jadi viral dan dilabel sebagai ‘die hard fan’ selepas dia memasang 64 telefon pada basikalnya semata-mata untuk main Pokemon Go!

Menerusi Harian Metro, Chen San Yuan dari Taipei, Taiwan itu sudah membelanjakan sebanyak RM6,000 untuk membeli segala aksesori berkaitan dengan permainan digital ini. Aksesori je tau, belum masukkan harga phone lagi.

Lelaki ini juga telah menghabiskan masa selama 20 jam tanpa henti untuk berbasikal demi mencari pokemon di sekitar bandar Taipei. Difahamkan pukul 4 pagi dia dah mula misi pencarian pokemon weyh.

Antara lokasi kegemarannya adalah sebuah taman di bandar tersebut. Lelaki ini akan kunjungi taman itu kira-kira enam kali seminggu.

 

Cetus Minat Pokemon Go

Menurut sumber, Chen mula meminati permainan ini sejak 2016 lagi selepas diajar oleh cucunya.

Malah pada tahun 2018, Chen telah viral namun pada ketika itu dia hanya memiliki 11 telefon bimbit sahaja.

Kemudian dia kembali dengan 21 telefon pada 2019, kini dia sudah memiliki 64 telefon bimbit untuk bermain permainan ini sahaja.

Meskipun permainan ini boleh dikatakan ketinggalan zaman, tapi menurut Chen permainan ini dapat mengelak penyakit Alzheimer, sekali gus dia dapat menjadikan dirinya seorang yang social.

 

Baca: “Ada jamuan raya ke?” – [GAMBAR] Netizen Terkejut Bila Tengok Cardi B Upload IG Story Makan Makanan Malaysia, Tapi…

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.