Insiden yang sedang berlaku pada saudara islam kita di Gaza telah merobek hati kita semua. Kekejaman yang tidak berpenghujung Zionis Israel terhadap Gaza ini betul-betul buatkan kita rasa geram dengan mereka.
Lebih menjengkelkan lagi, mereka dikatakan siap buat satu propaganda apabila menayang seorang rakyat Israel yang kononnya berpura-pura tersentuh terhadap serangan yang dilancarkan oleh negara sendiri.
Video wanita merakam dirinya sedang menangis semasa roket dilancarkan ke Gaza ini membuatkan netizen cukup menyampah.
Mereka meluat dengan video yang dikongsikan oleh Twitter Israel Breaking ini adalah tangisan yang nampak macam dibuat-buat. Mereka dakwa kononnya Gaza diserang oleh pengganas.
https://twitter.com/israelbreaking/status/1110326948549611520?s=21
Melihat respon netizen dalam posting ini masing-masing menyampah dengan wanita itu. Bagi mereka, tangisan itu dibuat-buat.
Fake propaganda – Netizen
Macam-macam lagi troll yang berbaur sarkastik ditujukan kepada wanita ini, siap ada yang pakai memes lagi. Betul atau tak tu entah lah, apa yang penting kita disini sama-sama lah doakan saudara islam kita disana dilindungi dan zionis laknatullah terima balasan.