in

Engku Emran ‘Unfollow’ Laudya Cynthia Bella Di IG Undang Spekulasi Rumah Tangga Retak?

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini ada desas desus mengatakan hubungan perkahwinan di antara Engku Emran dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella retak apabila Laudya bertindak untuk memadam gambar-gambar dia dan suaminya di Instagram.

Namun menurut Kumparan, dalam kapsyen gambar terakhir dengan suami, pelakon ini menunjukkan seperti ada orang ketiga di dalam rumah tangga mereka.


InsyaAllah ini postingan terakhir sama suami, soalnya wanita jaman sekarang suka mau sama yang kita punya. Kalau emang mau mintanya ke Allah ya mba, tante, de hihihi.”

Bagaimanapun, gambar tersebut bersama gambar-gambar pernikahan dan pra-perkahwinan pasangan ini telah pun Laudya padamkan di laman Instagramnya baru-baru ini.

Tambah menguatkan khabar angin yang hubungan suami isteri tersebut sedang mengalami masalah adalah apabila Engku Emran tak lagi mengikuti Instagram isterinya dan telah menukar gambar profil kepada gambar dia berdua bersama anak hasil perkongsian dengan bekas isterinya, Erra Fazira.

Whatsapp Image 2020 06 26 At 13.55.31

Kerana sebelum ini, Engku Emran yang menggunakan nama @iamkumbre dan menukarnya kepada @narmeukgne di IG miliknya menggunakan gambar profil dia bertiga bersama Laudya dan Aleesya.

Screenshot 2020 06 26 At 1.52.41 Pm

Pun begitu, Laudya masih lagi mengikuti suaminya di Instagram walaupun telah membuang jejak-jejak yang mereka pernah bersama tanpa membuang gambar dia dan anak tirinya, Engku Aleesya.

Setakat ini, Laudya mahu pun Engku Emran masih mendiamkan diri dan belum mengulas mengenai status perkahwinan mereka.

 

Baca: “Kalau memang nak, mintanya dekat Allah ya” – Ada Yang Cuba Rampas Engku Emran Daripada Laudya Chyntia Bella?

Screenshot 2020 06 26 At 2.32.14 Pm

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.