in

Emosi Tak Dapat Duit Beli Dadah, Pemuda 24 Tahun Bakar Motor Sendiri?

Ft Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara tak dapat beli dadah, seorang pemuda bertindak di luar kawalan dengan membakar motosikalnya sendiri.


Lapor Kosmo, pemuda berusia 24 tahun tersebut bertindak demikian kerana berang selepas permintaan wangnya ditolak oleh ibu bapa yang dipercayai bagi tujuan membeli dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6.30 petang itu.

Polis menerima panggilan menyatakan ada seorang lelaki mengamuk lalu membakar sebuah motosikal jenis Honda Wave 125 miliknya.

Bagaimanapun, suspek tidak mencederakan sesiapa termasuk ibu bapanya.”

Suspek didapati positif syabu hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan dia diserahkan kepada AADK Seberang Perai Utara untuk tindakan lanjut.

 

Baca : [Video] Berang Disaman Polis, Lelaki Pecahkan Motor Sendiri Dengan Batu Konkrit

Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.