in

“Emak Dia Asyik Cakap Ubat Ni Agenda Yahudi”, Ini Luahan Doktor…

Doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aduh rupanya masih ramai yang tak percaya dengan vaksin dan ubat-ubat doktor di hospital ni ye.


Vaksin ada DNA babi

Teringat admin kes dulu bila baca dekat page Sos Cili, masa tu dekat Kedah, Kementerian Kesihatan ada bagi  pengesahan bahawa wujudnya persatuan anti-vaksin, dan salah satu sebab mereka ni yakin vaksin ni ada DNA babi dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya kata mereka dah mulakan kempen kesedaran untuk memberitahu orang ramai yang vaksin ni takda pun DNA babi.

Trend penolakan vaksin ni membuatkan Persatuan Pediatrik Malaysia takut kes kanak-kanak kena jangkitan penyakit berbahaya ni naik, lagi-lagi sekarang ni Malaysia tengah jadi port untuk pekerja asing dari 12 negara yang tak diketahui status vaksin mereka. Yang peliknya, kebanyakkan ibu bapa yang menentang vaksin ni adalah golongan yang berpendidikan tinggi.

Capture 20181209 122107
Sumber: Twitter

Nak saman doktor

Di Twitter, seorang doktor berkongsi pengalaman dia berhadapan dengan parents yang datang ke bahagian kecemasan dan menyuruh doktor memeriksa anaknya. Tapi yang buatkan doktor ni terkejut bila, Ibu kepada pesakit siap cakap dekat doktor tu “Dr, tolong check anak saya. For your information, i dont want any medication untuk anak saya. Jarum jarum semua taknak ya. Kalau tak, saya saman”. Wow siap nak saman doktor ye!

Tapi doktor pun tak ada pilihan, katanya dia nak bagi ubat antibiotik untuk jangkitan tonsil Si Ibu tu taknak, takkan la dia nak bagi ‘ceklat angin’ kot. Hahaha pandai pula doktor ni melawak tapi betul la apa yang doktor tu kata.

 

Ubat agenda yahudi

Tak ada cara lain, doktor tetap bagi pesakit tu ubat dan terangkan pada ayah pesakit. Si Ibu pula tak berhenti kata ubat yang doktor bagi tu agenda yahudi dan doktor tu agen yahudi. Alahai… Tabah la doktor…

Baca: Ibu & Bayi Baru Lahir Mati Sebab Doktor Lakukan Pembedahan Ceasar Dalam Keadaan Mabuk

Doktor Mabuk 1 758X399 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.