in

“Eloklah bagi hukuman berat” – Netizen Luah Rasa Marah Kepada Pencuri Kabel, Punca Servis MRT Putrajaya Tergendala

kabel curi mrt putrajaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang pengguna tegar pengangkutan awam MRT Laluan Putrajaya, pastinya korang sedia maklum akan gangguan yang dialami pengangkutan tersebut sejak 25 Oktober lalu.

Difahamkan gangguan berkenaan terjadi disebabkan masalah sistem semboyan akibat kabel gentian optik yang dipotong dipercayai disebabkan aktiviti kecurian.


Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyatan berkata, kejadian itu memerlukan proses pembaikan menyeluruh bagi memastikan operasi kembali stabil dan selamat.

Difahamkan, tren dari Stesen Kwasa Damansara ke Stesen Putrajaya Sentral kini dipandu secara manual, menyebabkan pergerakan tren menjadi lebih perlahan dan berhenti lebih lama di setiap stesen. Kekerapan tren juga dijangka setiap 20 hingga 30 minit.

Susulan itu juga, laporan polis telah buat berkaitan kes kecurian kabel yang dikatakan berlaku berhampiran Stesen Kuchai.

MRT PUTRAJAYA 1761379090

Artikel berkaitan: “Kau nak aku buat apa?” – Lelaki Berang Ketika Disuruh Keluar Dari Koc Wanita MRT

Artikel berkaitan: Perkhidmatan Tren Tergendala? Anda Boleh Dapatkan Slip Kelewatan Dari Rapid KL Jika Terlambat Ke Tempat Kerja

Pengguna MRT luah rasa marah 

Insiden berkenaan telah menyebabkan rata-rata pengguna MRT marah dan ada yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan isu kecurian ini di platform Threads.

Kata netizen, pencuri berkenaan harus dikenakan hukuman berat atas perbuatannya kerana menyusahkan pengguna pengangkutan awam selain boleh menyebabkan bahaya kepada orang ramai.

mrt 1

mrt 2

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi dari Rapid KL berkenaan situasi semasa MRT Laluan Putrajaya meskipun sebahagian daripada netizen di Threads memaklumkan bahawa tren sudah bergerak seperti biasa dengan kekerapan di antara 10 ke 12 minit.

Pengguna juga dinasihatkan untuk merujuk pada laman media sosial Rapid KL dan aplikasi PULSE bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini.

Sumber: Malaysia Gazette, Threads

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.