in

“Elok pun kena tikam, siapa suruh memekak…” – Lelaki Sokong Imam Kena Tikam Waktu Mengaji

Tikam Ustaz
Lobak Merah
Lobak Merah
"Elok pun kena tikam, siapa suruh memekak..." - Lelaki Sokong Imam Kena Tikam Waktu Mengaji
Loading
/

Semalam, seorang imam berusia 32 tahun ditikam oleh lelaki selepas solat subuh ketika dia sedang membaca al-Quran. Menurut NST, kejadian malang tersebut berlaku di Masjid Kampung Apal di Jertih, Terengganu.

Difahamkan, imam itu menggunakan speaker masjid ketika mengaji menyebabkan lelaki yang tengah mengantuk tu mengamuk. Suspek yang juga seorang penganggur itu tinggal lebih kurang 100 meter dari masjid dan berkata tidurnya terganggu.

Ustaz
sumber: facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi, suspek berusia 23 tahun dan didapati positif methamphetamine serta mengaku telah menikam imam tersebut menggunakan sebilah pisau.

Suspek tiba-tiba datang dari arah belakang menikam bahagian dada mangsa. Suspek mengaku melakukan perbuatan itu kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang membaca al-Quran di dalam masjid menggunakan pembesar suara.”

Namun, menurut komen melalui satu posting, seorang lelaki bersetuju dengan tindakan penganggur tu yang bertindak menikam imam berkenaan. Katanya, memang salah imam tu sebab bising guna speaker masjid. Whatttt?

Elok pun kena tikam. Yang pergi memekak dengan speaker tu siapa suruh. Azan pakai speaker sudahlah.”

Bukan setakat menyokong tindakan suspek, lelaki ni juga berkata gejala menggunakan speaker masjid pada volume yang tinggi adalah ajaran sesat.

Gejala mengaji & ceramah pakai speaker luar masjid volume tinggi ni sebenarnya ajaran sesat. Speaker dalam sudahlah. Menganggu ketenteraman awam. Riak takabbur. Mengaji tak payah bising. Kalau nak suara keras pun tak payah pakai mic. Ingat karaoke ke?”

Speaker Ajaran Sesat
sumber: facebook

Ramai netizen tak berpuas hati dengan lelaki yang komen tu dan berkata kenapa dia nak bising sedangkan dah bertahun lamanya negara kita menggunakan speaker untuk ceramah dan mengaji.

“Dah berpuluh tahun semua masjid pakai mic. Tetiba nak bising. Kalau tak suka dengar, elok pindah je.”

“Hanya yang tak suka alunan kemerduan Al-Quran je protes.”

Report polis je siapa yang tulis macam ni. Kurang ajar, agama dipermainkan.”

Tapi ada juga yang bersetuju dengan lelaki tu dan berkata perkara ni adalah soal adab sesama manusia serta tidak menganggu ketenteraman.

“Ya betul cara dia luahkan tu agak kasar, melampau. Tak ada adab.”

“Cara teguran dia agak kasar. Tapi Nabi pun melarang membaca Al-Quran terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman.”

Baca: Lelaki Tikam Imam Sebab Baca Quran Guna Loudspeaker Masjid Waktu Subuh

Collage 12