in

EKSKLUSIF : Wujudkan MRSM Berbayar Bukan Cadangan Yang Baik – Pendidik

Mrsm Elit 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini Pengerusi MAJLIS Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ada menyatakan yang MARA sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ‘berbayar’ khas bagi masyarakat elit berpendapatan tinggi.


Namun cadangannya itu banyak mendapat reaksi balas negatif dari masyarakat, meskipun beliau memaklumkan yang pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal falsafah, orientasi dan budaya pendidikan MRSM.

Ee13E1Daec694A222Ba48D174A85A66D6410642Ef3B45

Terpanggil dengan isu tersebut, Lobak Merah cuba mendapatkan pandangan daripada kalangan pendidik yang nyata lebih arif dalam soal pendidikan dan pembelajaran.

Rashid Muhamad, yang merupakan sorang pendidik dari Negeri Sembilan berkata dia khuatir sekiranya cadangan ini terlaksana, ia akan memberi kesan kepada golongan B40 dan M40 yang terjejas dengan keadaan ekonomi semasa.

Pada pendapat sy.. mrsm berbayar ini merupakan permintaan untuk golongan elit yang berada untuk memasukkan anak mereka ke MRSM, dimana sistem sekarang lebih mengutamakan untuk golongan B40 sebagai prasyarat kemasukan.

“Bila mana jika cadangan ini terlaksana ia akan menjadi lebih berat sebelah dimana ada juga golongan M40 yang terjejas dengan ekonomi sekarang mungkin akan juga merasa terpukul jika cadangan ini dilaksanakan.

Kata Rashid lagi golongan yang berpendapatan tinggi ini lebih baik hantar anak ke sekolah swasta yang lebih bagus dan beri peluang kepada keluarga kurang mampu untuk beri anak-anak mereka belajar di MRSM.

“Bagi golongan berada mungkin tiada masalah untuk memasukkan ke mrsm berbayar. Pada pendapat saya, xperlu ubah dan tetap maintain kan yang sedia ada dimana peratusan untuk golongan T20 dalam percentage yang kecil.

“Bagi la golongan yang kurang mampu ni nk bagi anak diorg masuk MRSM. Pengalaman murid di sek kg kan, anak dpt masuk MRSM tapi masih xmampu nk buat bayaran untuk anaknye, dan apatah lagi jika semua dh berbayar 100%. Yg kaya2 ni g la sek swasta yg lebih bagus.

0B027Cfa3Ef7Fdb4828F2545867A27915F421F9573A75

Pandangan sama dikongsikan oleh Fauzi Ali yang merupakan YDP PIBG di Sekolah Kebangsaan Abdul Samat, Kapar Klang yang melihat cadangan ini sebagai tidak relevan kerana keutamaan patut diberikan kepada golongan berpendapatan rendah.

Jujurnya tidak relevan utk wujudkan MRSM berbayar kerana pengambilan ke MRSM selama ini pun dah tersasar kelompok sasaran yang sepatutnya diberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah ditambah pula bila timbul pengelasan @ hiraki B40/ M40/T20.

Malah pada masa sama Fauzi turut berharap agar jumlah pengambilan pelajar dapat ditingkatkan.

“Sepatutnya MRSM up sikit pengambilan pelajar..bayangkan bila tiada peperiksaan UPSR ni lagilah ramai yang mencuba nasib duduki UKKM untuk cuba peluang masuk ke MRSM..Abg rasa maintain yg sedia ada dan telus menyaring ..saya ulang tolong jujur dengan keutamaan golongan berpendapatan rendah.”

Setakat ini boleh dikatakan ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan MRSM berbayar tersebut kerana khuatir akan mengganggu hak dan peluang mereka yang layak untuk memasuki institusi tersebut.

Diharapkan pihak yang berkaitan dapat membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya sebelum membuat sebarang keputusan.

Bagi korang macam mana? Okey tak wujudkan MRSM berbayar untuk golongan elit ni?

 

Baca : Banyak duit, pergi sekolah swasta lah; Ramai Tak Setuju Cadangan Wujudkan MRSM Berbayar

Mrsm Berbayar

Sumber: Bernama
Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.