in

“Duriankimchi is cancelled” – Influencer Dikecam Sebab Kritik Peguam Isu Neelofa Dapat Parking ‘VIP’

Kereta2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu Neelofa ini dah semakin meleret sehingga kini, seperti yang kita sedia maklum selepas isu beli karpet di Nilai 3, wujud lagi satu kes dimana selebriti dan usahawan itu didakwa hadir ke mahkamah tanpa memakai pelitup muka dan parkir kereta di dalam Kompleks Mahkamah Majistret Seremban.


Disebabkan tindakannya itu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan, Azmi Abdoll Aziz berkata, ada seorang peguam membuat aduan pada hari yang sama Neelofa dan suaminya Haris Ismail atas dakwaan melanggar SOP PKPB.

 

“Kamu tu peguam, jika fokus pada perkara remeh, dimana kualiti kerja?”

Dakwaan itu dibuat kerana individu lain perlu parkir di seberang jalan dan ia menimbulkan satu persepsi negatif terhadap integriti mahkamah.

Dalam pada itu, pengadu menjelaskan bahawa ruang letak kereta itu hanya milik kakitangan, peguam, polis, pendakwa raya dan pengecualian orang awam (jika OKU) boleh parkir dalam mahkamah.

Kereta Lofa

Tambah pengadu lagi, ada peguam yang dimarahi oleh pegawai keselamatan jika masuk ke perkarangan mahkamah, namun mereka patuhi.

Disebabkan isu ini menjadi perbulan hangat di media sosial, ada salah seorang influencer tampil memberikan komen dengan mengatakan bahawa ia sepatutnya tidak perlu dijadikan satu isu besar.

Katanya, adalah lebih elok jika fokus kepada isu lain, dan dia juga memberikan teguran kepada peguam tersebut supaya tidak perlu ambil kisah pasal hal yang dikatakan remeh ini supaya kualiti kerja tidak terjejas.

Foto keratan komen itu viral di Twitter dan ia sekaligus membuat netizen jadi bengang kepada Duriankimchi.

“Baca lah komen si durian kimchi ni macam orang takde common sense. Lawyer tu marah sebab double standard. Lawyer tu kerja situ dia bukan orang asing tapi dia kena park kat tempat jauh while niqabis ni pulak dapat park kat vvip takyah jalan jauh. Hebat sangat ke kuasa niqabis ni.”Netizen

E2Dqymcvuauqpwo

Ia sekaligus telah menimbulkan rasa kurang senang dan secara tak langsungnya mengundang kecaman netizen.

 

Duriankimchi is canceled – Netizen

Dk76 Dk6 Dk5 Dk4 Dk3 Dk2 Dk

Hurm, mungkin apa yang nak disampaikan tu lain kot, mungkin dia nak beri teguran dan ada pendapat dia sendiri kenapa berkata sebegini.

 

Baca : “Malam Jumaat saya makan Teopokki, tapi rasa lain” – AC Mizal Dikecam Sebab Buat Lawak Lucah?

Maryam

Sumber: mStar
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.