Semenjak namanya mula dikenali di negara jiran, personaliti media sosial, Aisar Khaled dilihat menjadi kegilaan orang ramai di Indonesia. Disebabkan itu, Aisar dilihat rajin ‘turun padang’ menghulurkan bantuan jika ada lokasi di negara tersebut ditimpa bencana.
Bagaimanapun, pada September lepas, tindakannya dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Bali mendatangkan rasa kurang senang terhadap rakyat di sana. Difahamkan, dia telah dihalau oleh penduduk di sana.
Artikel berkaitan : “Rencana Tuhan itu hebat” – Lepas Diusir Untuk Beri Bantuan, Aisar Khaled Dapat Penghargaan Dari Bali
Artikel berkaitan : Tular Video Aisar Khaled Dihalau Ketika Beri Sumbangan, Penduduk Bali Dedah Situasi Sebenar
Rindu Aisar Khaled
Setelah beberapa bulan berlalu, ada di kalangan rakyat Indonesia telah meluahkan rasa rindu terhadap pempengaruh ini.
Seperti yang kita sedia maklum, bukan sahaja di Malaysia, ada beberapa daerah di negara tersebut turut dilanda banjir buruk iaitu di wilayah Aceh dan Sumatera.
Oleh itu, ada netizen mengimbau kenangan saat Aisar Khaled turun padang hulurkan bantuan dan dalam satu video yang kini tular, mereka mengharapkan agar ada pempengaruh sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang menetap di Sumatera.
@rierie901 #prayforsumatera #prayforsumbar #prayforsumut #prayforAceh @AisarKhaledd @AisarSultanMalaysia
Dalam pada itu, ada netizen yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan individu yang menghalaunya ketika menyalurkan bantuan tidak lama dulu.

Menjengah ke ruangan komen di Threads, ada netizen yang mula tertanya-tanya keberadaan Aisar Khaled sekarang, mereka dakwa bahawa pempengaruh tersebut mungkin merajuk dan sekaligus menyangkal bahawa niat Aisar membuat bantuan itu hanyalah sekadar untuk content dan raih perhatian semata-mata.

Dalam pada itu, ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menyebelahi Aisar Khaled dan ada juga yang mempersoalkan pempengaruh lain dari negara tersebut yang tidak menghulurkan bantuan.
