in

“Dulu meriah, sekarang gelap dan sunyi” – Situasi Terkini Pasar Chatuchak Di Thailand, Ibarat ‘Bandar Hantu’ Angkara Covid-19

Chatuchak Market

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan banyak destinasi atau negara yang punca pendapatan mereka adalah pelancongan terjejas dengan sangat teruk ketika dilanda pandemik Covid-19, salah satu daripada yang teruk terjejas adalah Thailand.


Jika sebelum ini, tular gambar keadaan sunyi sepi di Phuket, situasi ibarat ‘bandar hantu’ yang sunyi, sepi dan gelap ini turut terjadi di pasar terbesar dan terkenal seluruh dunia iaitu Pasar Chatuchak atau Chatuchak Market ini.

Kalau dahulu, hari Sabtu merupakan hari yang sangat dinantikan para peniaga kerana waktu itulah mereka akan pulun buat jualan kerana pelanggan sangat sampai sehingga nak berjalan pun susah.

Chatuchak A Must Do While In Bangkok 1 1
Keadaan pasar chatuchak sebelum pandemik.

Kedaan Sunyi, Gelap 

Sekarang ini, apa yang berlaku di Thailand adalah sama seperti apa yang berlaku di negara kita, mereka yang berniaga di Chatuchak ini perlu membayar sewa walaupun tidak mendapat sebarang jualan.

Empty Chatuchak Market

195867836 4041718239269066 3632916331858293198 N

Ramai antara mereka memilih untuk tidak membuka perniagaan kerana ramai yang tinggal berjauhan dari kawasan pasar ini selain peniaga-peniaga makanan menangung kerugian akibat bahan mentah rosak dan sebagainya.

203058459 4041718049269085 3522584047951730859 N

Namun, ini tidak mematahkan semangat sesetengah peniaga yang masih teruskan berniaga walaupun hampir tiada pelanggan dan tiada sebarang jualan dapat dibuat.

204253110 4041718395935717 5589712831361502687 N

197863572 4041717995935757 102898545528565985 N

Harapnya, semua peniaga yang terkesan di sini dapat bertahan dan tak lama lagi pun kerajaan Thailand akan membernarkan kemasukan pelancong melalui program ‘Phuket Sandbox‘ yang mana pelancong perlu menghabiskan masa seminggu di Phuket kemudian dibenarkan keluar untuk ke tempat-tempat lain pula.

Sumber : Facebook

Baca :Thailand Benarkan Pelancong Masuk Mulai Julai 2021, Ini Syarat Yang Kaki Travel Perlu Tau!

Phuket

Sumber: Unsplash
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.