Semenjak dua menjak ini, penampilan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob telah mendapat perhatian ramai sehingga ada yang mengatakan ia ke arah ‘adik adik’ atau lelaki lembut selepas bergelar seorang duda.
Desas-desus ini dikatakan timbul selepas cef selebriti ini dilihat memakai kanta lekap berwarna hingga menjadi isu.
Artikel berkaitan: “Sebelum cakap buat research dulu” – Datuk Fazley Yaakob Selar Kenyataan GV Memalukan Artis
Artikel berkaitan: Selepas 18 Tahun Bersama, Fazley Yaakob Sah Bercerai
Kenapa baru sekarang orang nak persoal?
Walau bagaimanapun, menurut Fazley atau nama sebenarnya, Ahmad Fadzli Yaakob, 47, menyatakan bahawa dakwaan itu tidak berasas dan terus menjadi sebutan ramai, walhal dia sebenarnya sudah tiga tahun menjadi duta produk kanta lekap buatan Korea.
Sejak saya bercerai, ramai mula perhatikan itu ini. Dahulu masa bergelar suami orang, kurang pula yang bercakap fasal saya.
“Sedangkan saya dah jadi duta kanta lekap hampir tiga tahun. Kenapa baru sekarang orang nak persoal?” katanya kepada Kosmo!
View this post on Instagram
Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Asmara ini lagi, pemakaian kanta lekap itu bukan sekadar suka-suka ataupun mahu kelihatan menonjol, namun sebaliknya demi memenuhi kehendak syarikat yang diwakili.
Sebenarnya, saya perlu pakai kanta lekap berwarna sebab itu syarat kontrak sebagai duta.
“Warna yang saya pilih pun bukan keterlaluan, cuma mungkin sebab saya lelaki, itu yang nampak sedikit berbeza di mata orang.
“Tapi bagus juga kalau orang perasan, secara tak langsung membantu saya mempromosikan produk yang saya gunakan,” katanya lagi.
Bapa kepada empat orang anak ini walau bagaimanapun tak pernah terkesan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.
Tambahnya lagi, pemakaian kanta lekap itu merupakan rezeki dan sebahagian dari kerjanya, oleh itu dia harus memakainya.
Sumber: Kosmo!