in

“Duduk semula atau ceburi bidang lain” – Pelajar Tercicir SPM Bakal Diberikan Peluang Kedua

keciciran spm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang halangan bagi memberikan peluang kedua kepada pelajar atau mana-mana pihak bagi menduduki semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, kementeriannya juga sedang membuat tawaran kepada pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan untuk cuba menceburi bidang lain termasuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).


Tambahnya lagi, peluang kedua tersebut sentiasa terbuka dan kementeriannya akan membantu dan menyediakan kemudahan sokongan sekiranya diperlukan oleh para pelajar.

Fadhlina Sidek

Menurutnya, bantuan dari segi kewangan, halatuju dan bantuan akan diperincikan menurut setiap kes.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan perlu mengenal pasti kira-kira 30,000 pelajar yang tercicir dari SPM supaya golongan ini boleh diserap ke mana-mana program latihan sedia ada.

Dianggarkan ketika ini, 30,000 pelajar tidak menghadiri perperiksaan SPM dan perlu meneruskan kehidupan tanpa sijil minimum yang diperlukan untuk memohon pelbagai jawatan termasuk dalam kerajaan.

Tambah Fadhlina lagi, banyak bantuan dan bimbingan diberikan kepada golongan tercicir selain daripada memberi peluang kedua untuk menduduki peperiksaan SPM.

WhatsApp Image 2023 02 20 at 9.35.28 AM

Selain itu, golongan ini berada dalam radar KPM untuk dua tahun dan berada dalam sistem pengesanan di peringkat kementerian tersebut dan tempoh dua tahun berkenaan juga menurutnya  boleh dilakukan untuk membuat sebarang intervensi pelbagai.

Sebagai contoh, memperkukuhkan Tingkatan 6 khususnya pelajar B40 untuk sambung pelajaran di peringkat tersebut, TVET dan menduduki semula subjek tertentu SPM bagi mereka yang ingin berbuat demikian.

Dalam masa yang sama, Fadhlina berharap yayasan-yayasan negeri dapat menghulurkan bantuan kepada golongan tercicir ini bagi memastikan mereka menggunakan peluang kedua tersebut sebaiknya.

Sumber : Utusan

Baca : “Hadiah untuk ayah” – [VIDEO] Pelajar Cemerlang SPM Lawat Kubur Ayah, Kongsi Berita Gembira

spm pusara ayah

Sumber: Facebook
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.