in

Dua Rakyat Malaysia Ditahan Akibat Godam Ratusan Syarikat & Organisasi Seluruh Dunia!

Ft Kom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Operasi penggodaman syarikat sering dilihat dalam action movie di luar negara.


Namun kini, aksi ini dilakukan sendiri oleh 2 warga Malaysia bersama lima lagi warga China dan kesemua mereka didakwa di Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.

Mereka ni kena tahan sebab dituduh melakukan operasi penggodaman global terhadap ratusan syarikat dan organisasi di seluruh dunia.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

 

Kantoi juga akhirnya

Suspek warga Malaysia yang ditahan pada Isnin lalu merupakan ahli perniagaan manakala kesemua warga China masih lagi bebas.

Dua warga tempatan dikatakan bekerjasama dengan lima penggodam dari China itu untuk mencuri dan menyeleweng wang menerusi industri permainan video.

Hasil pengodaman yang diperolehi antaranya ialah barang dan wang daripada industri video game dan dijual ke pasaran gelap untuk mendapatkan wang sebenar.

Bagi maklumat yang berjaya mereka perolehi digunakan untuk memeras ugut dan dijual di pasaran gelap. – Lapor Awani

Hack 2

Sasarkan industri besar

Kedua-dua rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Wong Ong Hua, 46, and Ling Yang Ching, 32 mensasarkan syarikat video game di Amerika Syarikat, France, Jepun, Singapura, and Korea Selatan.

Manakala menurut pendakwaan, tiga penggodam warganegara China itu menyasarkan pemaju aplikasi dan syarikat media sosial, syarikat teknologi, universiti, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Kerajaan China telah membenarkan rakyatnya melakukan pencerobohan dan serangan di serata dunia kerana mereka juga akan bantu Republik Rakyat China.” – Timbalan Peguam Negara Jeffrey A. Rosen

D H6Ejfxuaexzkw

Kumpulan penjenayah tersebut dikenali sebagai Advanced Persistent Threat 41, Barium, Winnti, Wicked Panda dan Panda Spider.

Beberapa syarikat gergasi seperti Verizon, Microsoft, Facebook dan Alphabet akan membantu siasatan bagi memathakan serangan seperti itu lagi.

 

Baca : Online banking kena hacked! Ramai Pengguna Smartphone Akaun Mereka Cuba Digodam Lepas Install Houseparty App?

Hacka

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.