“Dua jam RM460, mahalnyaaa”- Jangan Ingat Kereta Je Boleh Sewa, Kekasih Pun Sekarang Disewa Asalkan Sanggup Bayar

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Golongan yang workaholic atau terlalu memilih pasangan seringkali dikaitkan sebagai ‘loner’,‘loser’, ‘forever single’ dan banyak lagi lah.

Mungkin kerana terlalu fokus dalam bekerja sampai tak ada masa untuk berpakwe dan ber-awek ni.

Tapi sekarang ni tak perlu risau lagi sebab dah ada kekasih untuk disewa!!..Ini bukan cobaan tau, ni betul-betul.

 

Sewa kekasih dua jam sampai RM460??!!

Di Jepun sebenarnya ada perkhidmatan sewa kekasih asalkan korang boleh bayar kadar yang mereka tetapkan dan mematuhi segala syarat yang diberikan.

Macam perkongsian lelaki bernama Max ni yang berkongsi pengalamannya keluar bersama kekasih yang disewa bernama Shihomi atau Shiho-Chan ketika berada di Jepun.

Sumber : Youtube

Kalau korang nak tahu, Shiho maklumkan bahawa syarikat yang sediakan perkhidmatan sewa kekasih tu dah tetapkan kadar bayaran tertentu kepada pelanggan.

Syarikat saya bekerja kenakan kos sewaan 6,000 yen (RM230.05) sejam dengan minimun sewaan selama 2 jam”

Maksudnya kalau setiap kali nk sewa kekasih, korang perlu bayar 12,000 yen atau bersamaan RM460.10..mahal jugak weh!

Paling best, korang boleh pilih kekasih ikut taste korang. Nak yang comel ke, mata bulat ke, pipi gebu ke pilih je.

Max buka portal syarikat dan memilih kekasih untuk di sewa

Kalau korang nak tau, kekasih sewa seperti Shiho ni akan mendapat upahnya iaitu separuh daripada bayaran sewa yang dikenakan kepada pelanggan.

Tapi! Korang jangan ingat boleh buat sesuka hati kepada kekasih yang disewa tu, sebaliknya perlu mematuhi beberapa syarat iaitu :

  • Syarikat tak akan sewa kekasih kepada pelanggan yang ada masalah dadah atau rumah kotor
  • Pelanggan tak boleh contact atau berhubung terus dengan kekasih sewa
  • Korang tak boleh buat sebarang hubungan seksual dengan kekasih sewa (perkara yang naikkan nafsu syahwat juga tak boleh)
  • Tak boleh pasang mikrofon atau kamera tersembunyi semasa keluar dating dengan kekasih sewa
  • Kekasih sewa tak boleh terima tips atau hadiah-hadiah mahal daripada pelanggan

Bagi admin, bagus juga dia buat syarat-syarat macam ni atleast kekasih sewa tak diperlakukan sesuka hati oleh pelanggan and kekasih sewa juga tak lah ambil kesempatan terhadap pelanggan kan?

Video penuh korang boleh tengok kat bawah ni.

 

 

Well korang rasa macam mana? Sanggup ke bayar sampai RM460 untuk sewa kekasih tu?

Baca : Kejam! Doktor Mengaku Bunuh Girlfriend Kerat , Masak  Pam Anggota Badan Mangsa Dalam Tandas Lepas Tau Kekasih Rupanya Lelaki.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.