in

Dua Beradik Berbasikal Sejauh 50KM Untuk Melawat Bapa Di Penjara Tetapi Dihalang Pengawal

Bg4 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dua Beradik Berbasikal Sejauh 50KM Untuk Melawat Bapa Di Penjara Tetapi Dihalang Pengawal
Loading
/

Kita seringkali mendengar kisah pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak tetapi sejauh mana kita sanggup berkorban untuk ibu bapa kita?


Bagi dua beradik ini, kisah sayang terhadap ayah mereka telah menyentuh hati ramai netizen kerana mereka sanggup berbasikal sejauh 50km hanya kerana mahu berjumpa dengan ayah mereka di penjara.

20031636 1432436690183893 892383252535955446 N E1500633102322
sumber : facebook

Menurut Coconuts, mereka telah bertolak dari rumah di Ban Non Khoon, Thailand pada pukul 7.30 pagi dan telah tiba di penjara ayahnya hampir 5 jam selepas itu kira-kira pada pukul 12.10 tengah hari. 

Semasa dalam perjalanan, telefon bimbit salah seorang dari dua beradik itu telah terjatuh dan mengalami retakan di skrin oleh kerana hentakan di atas jalan. Mujur telefon itu masih boleh digunakan dan hanya skrin saja yang mengalami kerosakan. Bertabahlah dik!

19990397 1432436760183886 6647798584321137850 N E1500633160716
sumber : facebook

Malangnya, setelah mengharungi perjalanan sejauh 50km ke Penjara Daerah Kantharalak, mereka telah dihalang masuk oleh pengawal di sana. Sedihnya!

Pengawal di penjara tersebut yang bernama Apichai Manthong berasa simpati terhadap dua beradik itu. Dia tidak boleh membenarkan kanak-kanak tersebut melawat bapanya sendiri oleh kerana hari tersebut bukan hari melawat.

8 8
gambar hiasan

Namun, dia telah membawa mereka ke pejabat pentadbiran untuk memberitahu mereka tentang tarikh ayah mereka akan dibebaskan dan dia juga sempat merakam gelagat dua beradik tersebut sebelum mereka bertolak pulang ke rumah.

“Kanak-kanak tersebut berasa gembira setelah mendengar tarikh pelepasan ayah mereka. Saya tersentuh dengan cinta yang mereka miliki terhadap ayah mereka. Mereka tidak bersekolah pada hujung minggu sebab itu meraka merancang untuk melawat ayah mereka hari ini. Saya hampir menangis. “

Sumber : Facebook

Apabila ditanya mengapa ibu mereka tidak menemani dua beradik itu, mereka cuma menjawab ibu mereka berada di Bangkok dan mereka cuma tinggal bersama nenek mereka. Dua beradik itu juga mempunyai seorang abang namun dia pula sakit mental.

Pengawal tersebut sempat memberikan mereka wang tunai sebanyak THB100 setelah mendengar mereka cuma mempunyai THB200 sahaja dalam poket.

20108445 1432436796850549 2976165749956275022 N 1 E1500633555371
sumber : facebook

Dia juga telah memberikan makanan tengah hari dan air botol percuma dari penjara sebagai bekalan untuk perjalanan pulang mereka.

20106832 1432436890183873 6903626623837723949 N E1500633595691
sumber : facebook

Hargai ibu bapa anda selagi mereka masih hidup. Merekalah harta yang paling berharga.

Baca: Tiga Beradik Berbasikal Sejauh 570 Kilometer Demi Menyambut Aidilfitri Bersama Ibu

1 36 E1500632815712

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.