in

Dron Rakam Imej Pembalakan Berdekatan Pos Bihai, Habitat Diganggu Punca Harimau Serang Penduduk Kampung?

Pembalakan Dekat Dengan Pos Bihai Punca Harimau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua minggu lepas, tular satu kes melibatkan seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan maut dibaham harimau dekat Kampung Sai, Pos Bihai yang terletak di Gua Musang ketika sedang menumbuk padi huma bersama anaknya.


Gara-gara kejadian itu, sesi persekolahan di SK Bihai juga katanya terpaksa ditangguhkan dan tular juga foto yang memaparkan seekor harimau dilihat ‘menunggu’ di pagar asrama sekolah yang menakutkan penduduk di kawasan itu.

Pos Bihai Pak Belang

Meskipun, kerajaan negeri Kelantan menafikan aktiviti pembalakan jadi faktor harimau masuk ke perkampungan Orang Asli sejak kebelakangan ini, namun pendedahan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) ini menyatakan sebaliknya pula.

 

Dron rakam imej pembalakan di lokasi habitat harimau 

Menerusi perkongsian KUASA di Twitter, dron milik aktivis alam sekitar ini telah merakam satu imej kesan daripada aktiviti pembalakan hutan di kawasan yang didakwa sebagai habitat harimau yang terletak berdekatan perkampungan orang asli di Pos Bihai, Gua Musang.

Imej itu menurut Sinar Harian telah dirakam semasa tinjauan pihak berkenaan di lokasi itu pada Isnin hingga Jumaat lalu.

Penasihatnya, Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, pihaknya telah merakam imej itu ketika menerbangkan dron ke lokasi Hutan Simpan Perias, Gua Musang yang dianggarkan terletak dalam jarak 1km dari Pos Bihai.

1417934

Minggu lepas, Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata kejadian serangan harimau di kampung orang asli Pos Bihai, Gua Musang yang membunuh seorang lelaki bukan disebabkan pembalakan.

“Kelmarin, kami ke tempat kejadian dan menaikkan dron. Memang dipercayai terdapat pembalakan tebang habis berdekatan kampung,” katanya.

 

“Dulu harimau sangat takut dengan manusia, kini tidak lagi” 

Meor Razak yang juga Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) berkata, penduduk mendakwa lokasi pembalakan tersebut sememangnya kawasan harimau dan mengikut data, Hutan Simpan Perias adalah habitat harimau terbesar di Kelantan.

Dulu harimau ini sangat takut dengan manusia, kini tidak lagi. Mungkin kerana terdesak hilang habitat. 

“Ini bukti di lapangan, tidak jauh dari kampung, dipercayai terdapat kongsi balak bagi projek pembalakan tebang habis bagi tujuan pembukaan ladang getah sebesar 400 hektar di Hutan Simpan Perias. Ya, pembalakan sedang berjalan,” jelasnya lagi.

Sejak sebulan yang lepas, 2,000 masyarakat orang asli di 18 kampung di Pos Bihai, Gua Musang ini katanya diselubugi ketakutan akibat 3 harimau belang kelihatan berkeliaran di kampung itu hingga menjejaskan kehidupan mereka.

Harap pihak berwajib dapat kaji semula keadaan orang asli di kawasan tersebut, kesian mereka hidup dalam ketakutan.

Baca: Viral Gambar Harimau Tunggu Di Pagar SK Balar, Ini Rupanya Yang Berlaku

Harimau

Sumber: Facebook
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.