Cubaan menutup aib satu pasangan ini terbongkar semasa mereka mahu melakukan pernikahan segera di Pejabar Kadi Daerah Kulai, Johor.
Perbuatan zina yang dilakukan pasangan ini mula terbongkar apabila Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengambil alih kes tersebut setelah mendapati wanita yang mahu berkahwin itu sedang hamil.
Artikel berkaitan : Sindir Guru Sebab Tak Pakai Kereta Mewah, Pemuda Kantoi Rupanya Cuma ‘Posing’ Di Kereta Orang
Artikel berkaitan : Didakwa Kantoi Curang Di Pinterest, Raisa & Hamish Hadap Prosiding Cerai Pertama Hari Ini
Mak wanita mula perasan perubahan fizikal
Dalam satu kenyataan, pihak JAINJ berkata, pasangan tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 23 Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana berzina.
“Berdasarkan maklumat awal, pasangan itu membabitkan lelaki berusia 20-an dan wanita berusia 30-an hadir ke Pejabat Kadi Kulai untuk urusan nikah segera.
“Pada masa sama keluarga wanita dan lelaki itu turut hadir mengiringi pasangan terbabit.”
“Pasangan terbabit mahu bernikah segera atas motif melindungi rahsia sebenar bahawa wanita itu sudah mengandung. Pasangan itu kemudian dirujuk ke Bahagian Penguatkuasa JAINJ untuk tindakan lanjut.”
Menurut JAINJ, Bahagian Penguatkuasa telah menghantar wanita terbabit ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) untuk pemeriksaan lanjut dan wanita tersebut disahkan hamil antara 3 ke 4 bulan.

“Wanita ini mengaku perbuatan terlarang itu sudah berlaku beberapa kali, namun kali terakhir adalah pada September lalu di sebuah hotel di daerah ini.”
“Mereka mengaku takut sekiranya tertangkap menyebabkan mereka hanya menyewa hotel mengikut jam sahaja.”
“Pasangan ini akan didakwa kerana berzina dan boleh dihukum denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam sebatan atau semua hukuman itu.”
Menurut sumber, ianya terbongkar setelah ibu kepada ‘pengantin’ wanita mula menyedari perubahan fizikal terhadap anaknya sebelum pasangan itu mengakui bahawa perbuatan zina tersebut dilakukan secara suka sama suka.
Jelasnya, pada peringkat awal, mereka belum terfikir hendak bernikah kerana lelaki terbabit baru bekerja.
“Mereka simpan rahsia kerana lelaki itu tinggal tidak berapa jauh dari rumah wanita itu dan keluarga mereka saling mengenali.”
“Keadaan pada mulanya tegang antara keluarga kedua-dua pasangan itu namun penyelesaian dicapai untuk menutup malu keluarga dengan berkahwin.”
Sumber : Harian Metro
