in

Dr Li Wenliang: Doktor Terawal Beri Amaran Tentang Coronavirus Meninggal Dunia, Netizen Bersimpati Atas Kematiannya

Li Wengliang

Dunia perubatan hari ini meratapi kepergian seorang doktor yang hebat.

Sebelum tersebarnya berita mengenai kewujudan coronavirus, Dr Li Wenliang, seorang doktor yang bertugas di Wuhan, antara orang terawal yang memberi amaran tentang kewujudan wabak baru ni.

Namun sayang seribu kali sayang, doktor hebat ini telah disahkan meninggal dunia pada jam 2.58 pagi ini (Jumaat) akibat jangkitan virus 2019-nCoV ini.

https://www.instagram.com/tv/B8PaLwGJGBV/?igshid=1o0ghj0n5tf8n

 

“Kami ucapkan takziah dan meratapi pemergiannya” 

Berita sedih ini telah dimaklumkan oleh Pusat Hospital Wuhan dalam kenyataan mereka melalui akaun media sosial Weibo malam semalam.

“Pakar oftalmologi Li Wenliang dari hospital ini, yang menghidap pneumonia akibat jangkitan koronavirus baru, meninggal dunia jam 2.58 pagi pada 7 Februari 2020 walaupun setelah berbagai usaha dilakukan.

“Kami ucapkan takziah dan meratapi pemergiannya,” tulis kenyataan tersebut.

41581026479 Freesize
sumber: astro awani

Doktor berusia 34 tahun ni pada awalnya telah disahkan menghidap coronavirus pada 1 Februari selepas mengalami demam dan batuk sejak 10 Januari lalu akibat terjangkit daripada salah seorang pesakitnya.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan mengucapkan takziah atas pemergian Dr Li.

“Kami amat sedih atas pemergian Dr Li Wenliang. Apa yang kita perlu buat ialah meraikan usaha yang telah dilakukannya,”  kata Pengarah Eksekutif WHO, Dr Mike Ryan.

 

Pernah dituduh sebar khabar angin tentang coronavirus dan ditahan pihak polis

Mengimbau kembali apa yang berlaku, pada 30 Disember lepas, Dr Li telah memberi peringatan kepada rakan-rakannya dalam aplikasi WeChat supaya berhati-hati susulan kejadian di sebuah pasar makanan laut di tempatnya. 

Menurutnya, 7 individu yang makan di pasar itu telah jatuh sakit dan didiagnosis dengan penyakit berkaitan pernafasan yang serius serta dikuarantin di hospital tempat dia bekerja.

Coronavirus 17
sumber: the independent

Dr Li juga memberitahu kawan-kawannya, ujian yang dilakukan menunjukkan pesakit tersebut dijangkiti sejenis virus yang mempunyai simptom sama seperti SARS. Beliau juga sempat nasihatkan kawan-kawan dan ahli keluarga secara peribadi tapi tak lama lepas tu, screenshot mesej yang dihantarnya menjadi tular. 

Kerana tindakannya tu, Dr Li dituduh menyebarkan khabar angin dan dipanggil pihak hospital untuk menjelaskan bagaimana dia tahu tentang virus tersebut. Tak lama lepas tu, dia pula dipanggil pihak polis untuk siasatan kerana sebarkan khabar angin.

Doctor Li Wenliang Coronavirus Outbreak 1200X675 1
sumber: the epoch times

Disebabkan hal tersebut, Dr Li menandatangani satu kenyataan yang memperakui dia telah melakukan kesalahan dan berjanji takkan lakukannya lagi, sebelum dibebaskan. 

Sebagai seorang pakar mata, dia kembali bekerja seperti biasa tanpa mengetahui salah seorang pesakitnya adalah pembawa virus.

Malangnya lepas mengalami batuk dan kesukaran bernafas, Dr Li dimasukkan ke ICU dan disahkan positif coronavirus pada 1 Februari lalu sebelum meninggal dunia hari ini.

Takziah buat keluarga mangsa. 

Baca: CORONAVIRUS: Dua Lagi Sah Positif Coronavirus, Jadikan Angka Kes Di Malaysia Meningkat Ke 14 Orang

Cooo