in

“Doktor suruh keluarga bersedia” – Luahan Sayu Amyza Aznan Cari Ikhtiar Lain Lepas Setahun Anak Berjuang Lawan Kanser

Syaz Ft 2026 02 23T123132.940

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah gambaran tepat buat pelakon veteran, Amyza Aznan, yang kini sedang melalui fasa paling sukar dalam hidupnya sebagai seorang ibu. Baru-baru ini, beliau mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik hantaran hiba di Instagram Story yang menyatakan keputusannya untuk membawa pulang anak sulungnya, Andre Mikhail, dari hospital.

Andre Mikhail sebelum ini disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. Selepas setahun menerima rawatan di Hospital Ampang dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), keadaan Andre dilaporkan semakin tidak bermaya. Apa yang lebih menyayat hati, Amyza turut mendedahkan bahawa anak keduanya juga sedang berdepan ujian besar selepas disahkan menghidap kanser tulang.


Artikel berkaitan: “Hanya ajal pisahkan kami” – Luahan Suami Jaga Isteri Lawan Kanser Buat Ramai Sebak

Artikel berkaitan: 13 Tahun Ikhtiar Dapat Anak, Wanita Mula Hilang Harapan Lepas Kena Kanser Rahim

Cats 24

Menerusi hantaran tersebut, Amyza meluahkan rasa terkilan dengan menulis, “Terima kasih untuk harapan palsu selama setahun”. Walaupun tidak mendedahkan punca terperinci di sebalik keputusan membawa anaknya keluar dari hospital, beliau memberi bayangan bahawa pihak perubatan telah meminta ahli keluarga untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Cats 23

Kini, Amyza meletakkan sepenuh pergantungan kepada kekuasaan Tuhan. Beliau secara terbuka memohon bantuan orang ramai yang mempunyai kepakaran atau mengetahui tentang perubatan alternatif untuk membantunya. Katanya, ketika ini beliau hanya mampu mengharapkan keajaiban demi melihat kesembuhan anak tersayang.

Keputusan nekad ini ternyata mengundang simpati ribuan netizen dan rakan artis yang tidak putus-putus mendoakan agar urusan Amyza dipermudahkan dan Andre Mikhail diberikan kesembuhan yang mustahil di sisi manusia, namun tidak mustahil bagi-Nya.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.