in

Doktor Sakit Puan Buang Ovari Pesakit Sesuka Hati Tanpa Kebenaran Disaman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para doktor mempunyai etika kerja yang perlu mereka patuhi kerana itulah sebelum pembedahan atau rawatan diberikan, pesakit perlu menandatangani surat kebenaran terlebih dahulu. 


Tetapi lain pula dengan doktor ini yang telah membuang ovari pesakit tanpa kebenaran dan akibatnya, dia telah digantung kerja dan dikenakan denda.

Gambar hiasan

Menurut laporan Straits Times, Dr. Jen, 62 tahun dari Singapura, yang merupakan seorang doktor sakit puan telah dihadapkan ke mahkamah dengan 2 tuduhan kerana telah membuang ovari pesakitnya tanpa kebenaran.

Dr. Jen yang mempunyai pengalaman dalam bidang sakit puan selama 28 tahun telah menasihati pesakitnya untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian pelvisnya. Walau bagaimanapun, doktor berkenaan tidak membuat pemeriksaan lanjut sehingga terlepas pandang bahawa pesakitnya menghadapi masalah yang lebih serius.

Ketika pembedahan sedang dijalankan, Dr. Jen yang sepatutnya membuang ketumbuhan itu, telah membuang sepenuhnya ovari kiri pesakitnya.

Gambar hiasan

Pesakitnya yang berusia 34 tahun, tidak mengetahui akan hal ini sehinggalah dia berjumpa dengan doktor yang lain. Marah, pesakit ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap Dr. Jen.

Dr. Jen merayu di mahkamah dengan mengatakan pesakit telah menandatangani surat kebenaran, namun ditolak kerana di dalam surat kebenaran tersebut, tiada tertulis pesakit bersetuju untuk ovarinya dibuang dan pesakit juga tidak diterangkan dengan implikasi daripada pembedahan tersebut.

Dr. Jen dikatakan telah melanggar kod etika dan garis panduan Majlis Perubatan Singapura (SMC). Dia juga akan dikenakan hukuman denda sebanyak 10,000 SGD (RM30,785) serta digantung kerja selama 16 bulan bermula bulan hadapan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, mungkin kita patut mendapatkan pendapat lebih daripada satu doktor sebelum bersetuju dengan sebarang rawatan atau pembedahan.

Baca: Lelaki Menyamar Jadi Doktor Bertauliah di Hospital Sultanah Bahiyah Selama Setahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.