Seorang wanita berusia 29 tahun yang juga merupakan doktor pelatih di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di Kuala Krai, Kelantan telah ditemui dalam keadaan telah meninggal dunia di sebuah bilik asrama hospital tersebut beberapa hari lalu.
Menurut Sinar Harian, mangsa telah ditemui dalam keadaan meninggal dunia dalam bilik air asrama hospital pada Jumaat lalu.
Pihak polis telah bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan daripada pihak hospital untuk menyiasat kejadian berkenaan.

Artikel Berkaitan: “Si pelaku berhijrah ke luar negara” – Dibuli Senior, Doktor Alami Kemurungan Kurung Dalam Bilik Bertahun-tahun
Artikel berkaitan: Insiden Kematian Doktor Pakar Di Hospital Lahad Datu Bukan Sebab Dibuli – Pasukan Petugas Khas
Mangsa kemudiannya dibedah siasat di Unit Forensik HSIP untuk mengetahui punca kematian.
Difahamkan, tekanan pada leher merupakan punca kematian doktor pelatih wanita itu.
Oleh itu, polis menyiasat kes ini sebagai kes mati mengejut kerana siasatan di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Sumber: Sinar Harian
