in

“Doktor cakap anak aku akan pergi kurang dari 1 jam..” – Wanita Ini Berkongsi Momen Terakhir Dengan Anak

Harriz2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata sendiri. Anak-anak ditatang bagai minyak yang penuh.


Tiada ibubapa yang sanggup melihat anak-anak menderita kesakitan, lebih-lebih lagi jika mereka masih kecil.

Tapi apa perasaan korang kalau anak tersayang meninggalkan kita selang beberapa hari sebelum tarikh hari jadi sendiri?

 

“Aku terus call suami cakap, kalau jadi apa-apa kita hadap sama-sama lah”

Seorang jurusolek, Deyna Rahman, kehilangan satu-satunya anak yang dinamakan Harith Faiz Bin Mohd Firdaus pada awal Oktober lalu.

Dalam tulisannya di Facebook, Deyna dengan tenang berkongsi detik-detik terakhir saat menghadapi kehilangan anaknya yang masih kecil sewaktu di hospital.

Katanya, doktor memang telah berulang kali beritahu jantung anaknya selalu berhenti.

Harriz 3
sumber: instagram

Jadi Deyna pun cadangkan kepada suami untuk berada bersama anak di wad ICU.

Kalau semasa sihatnya dah puas diberikan yang terbaik untuk anak baik dari segi makanan, susu, pakaian, lampin pakai buang mahupun menjadi seorang ibu, apa salahnya sewaktu dia sakit pun buat perkara sama.

“Aku terus call suami cakap, kalau jadi apa-apa kita hadap sama-sama lah,” pesan Deyna sedangkan suami dah berasa pelik.

 

“Aku tahu aku akan kehilangan dia dalam masa yang singkat ni”

Walaupun demam, Deyna dan suami tetap ke hospital untuk menjenguk anak mereka.

Harriz 4
sumber: facebook

Deyna sendiri pun tak pasti mana datang kekuatan untuk dia melihat adik Harith pada saat-saat akhirnya.

Kalau admin, mesti dah menangis teruk!

Harriz 5

43603061 2205379842847576 3094362561961787392 O
sumber: facebook

 

Kuatnya hati seorang ibu

Tak mungkin kita semua mampu jadi setabah Deyna kalau kita berada di tempatnya. Melihat depan mata anak kesayangan pergi meninggalkan kita.

Aduh, kuatnya hati seorang ibu!

Harriz 2
sumber: instagram

Waktu jenazah adik Harith hendak disembahyangkan, tiba-tiba datang pula sekumpulan pelajar tahfiz ke masjid untuk tunaikan solat Asar sekaligus sama-sama solatkan jenazah.

Macam tau-tau pula niat Deyna untuk menghantar anaknya ke sekolah tahfiz jika dia besar nanti.

Alhamdulillah, urusan anak syurga ini sangat dipermudahkan.

Harriz 1
sumber: instagram

Semoga kisah wanita tabah ini dapat kita jadikan panduan untuk redha dengan setiap ketentuanNya.

Sesungguhnya, Allah SWT takkan uji hambanya sebarangan. Sebaliknya kita perlu ingat, Dia menguji kita sesuai dengan kemampuan hambaNya.

Baca: Anak Mati Dilanggar Bapa Yang Guna Handphone Masa Memandu

Anak Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.