in

Dituduh Pernah Bercinta Dengan Kim Sae Ron Masa Usia Bawah Umur, Agensi Kim Soo Hyun Mahu Failkan Saman

ft kim soo hyun didakwa ada DUI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam industri hiburan di Korea Selatan kini, nama pelakon Kim Soo Hyun menjadi buah mulut netizen di sana selepas ada sebuah saluran YouTube iaitu Garosero Research Institute (Ga Se Yeon) membuat satu dakwaan yang pelakon didakwa pernah menjalinkan hubungan cinta dengan mendiang Kim Sae Ron ketika usianya di bawah umur

Malah, saluran YouTube tersebut juga menyatakan bahawa pelakon ini juga terlibat dalam skandal Driving Under the Influence (DUI) yang dikaitkan dengan pelakon wanita itu.


Artikel berkaitan : “Kulit dia macam baby” – TokTi Kongsi Gambar Selfie Dengan Aktor Popular Korea, Kim Soo-Hyun

Artikel berkaitan : “Sedih nak tengok lepasni” – Peminat K-drama Snowdrop Terkejut Pelakon Kim Mi-soo Meninggal Dunia

Berikutan degan kehangatan isu tersebut, agensi pengurusan Soo Hyun iaitu Gold Medalist semalam membuat tindakan pantas dengan menyangkal segala tuduhan yang dianggap tidak berasas itu.

Screenshot 2025 03 11 125424

Syarikat tersebut turut menegaskan bahawa segala dakwaan itu tidak benar dan menyifatkan kenyataan Ga Se Yeon sebagai fitnah yang boleh merosakkan reputasinya.

“Tuduhan bahawa syarikat dan Kim Soo Hyun bersekongkol dengan YouTuber Lee Jin Ho untuk menganiaya mendiang Kim Sae Ron, bahawa Kim Soo Hyun pernah bercinta dengannya sejak usia 15 tahun, serta dakwaan bahawa kami menangani insiden DUI secara tidak adil adalah 100% palsu dan tidak boleh diterima sama sekali.”

Screenshot 2025 03 11 125229

Tidak berdiam diri, Gold Medalist memandang serius terhadap stu ini dan ingin mengambil tindakan undang-undang paling tegas terhadap sesiapa yang menyebarkan berita palsu ini.

Dalam masa yang sama, agensi berkenaan turut menzahirkan rasa simpati terhadap pemergian Kim Sae Ron serta mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ga Se Yeon kerana menyebarkan spekulasi liar yang hanya memburukkan lagi keadaan.

“Penyebaran maklumat palsu seperti ini hanya mencetuskan budaya ‘cyber wrecking’, yang memberi kesan besar kepada mendiang Kim Sae Ron sepanjang hidupnya. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan.”

Bagaimanapun, Kim Soo Hyun sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan secara peribadi berhubung tuduhan ini. Namun begitu, ramai peminat setianya tetap memberikan sokongan terhadapnya dan berharap isu ini dapat diselesaikan dengan adil.

Screenshot 2025 03 11 125250

Sebagai rujukan, mendiang Kim Sae Ron ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seongdong-gu, Seoul, pada 16 Februari lalu, sekitar jam 4.54 petang.

Sumber : Remaja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.