in

Dituduh Kahwini Lelaki, Presiden Macron Bakal Kemuka Bukti Saintifik Isteri Seorang Wanita

macron isteri bukan lelaki bukti saintifik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan isterinya, Brigitte Macron telah berhasrat untuk mengemukakan bukti berbentuk gambar dan saintifik di sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) bagi membuktikan Brigitte adalah seorang wanita.

Ia susulan dakwaan seorang pempengaruh beraliran kanan AS, Candace Owens yang mendakwa isteri Macron seorang lelaki dan tindakan berkenaan diambil dalam satu saman fitnah terhadap pempengaruh tersebut.


G1K z64WQAA6OhC

Dalam temu bual bersama podcast BBC Fame Under Fire, peguam Macron, Tom Clare berkata, tuduhan itu amat ‘menyakitkan’ buat Brigitte dan ia menjadi ‘gangguan’ kepada Presiden Perancis itu.

Saya tak mahu mengatakan ia menjejaskan tugas beliau. Namun seperti mana-mana individu yang mengimbangi kerjaya dan keluarga, apabila keluarga ‘diserang’, ia akan memberikan kesan. 

“Malah Emmanuel Macron juga tidak terkecuali dengan hal itu meskipun beliau seorang presiden,” katanya.

Clare juga menjelaskan akan ada ‘keterangan pakar yang bersifat saintifik’ dibentangkan, namun dia tidak memperincikan apa bentuknya pada tahap ini.

Beliau juga menegaskan presiden itu dan isterinya bersedia untuk membuktikannya secara menyeluruh bahawa dakwaan itu palsu.

Amat menyedihkan apabila seseorang terpaksa mengemukakan bukti sebegini. Ia merupakan proses yang perlu dilalui secara terbuka, tetapi Brigitte bersedia melakukannya. Beliau tekad melakukan apa sahaja bagi membersihkan nama,” katanya lagi.

G1Iev9UWAAAH6RZ

Artikel berkaitan: “Itu minuman apa?” – Angkat Gelas Untuk Presiden Perancis, Netizen Persoal Minuman Yang Diteguk Prabowo

“Ini soal maruah saya” – Macron

Terdahulu, difahamkan tuduhan mula timbul di media sosial beberapa tahun lalu menerusi video yang dimuat naik di Youtube oleh dua blogger Perancis, Amandine Roy dan Natacha Rey.

Tuduhan ini kemudian dibawa ke mahkamah dan pasangan Macron memenangi kes fitnah terhadap Roy dan Rey di Perancis pada 2024 sebelum keputusan itu dibatalkan pada peringkat rayuan pada 2025 atas alasan kebebasan bersuara dan bukan kerana dakwaan itu benar.

Namun pada Julai lalu, Macron telah memfailkan saman terhadap Owens di AS dan mendakwa Owens mengabaikan semua bukti kukuh yang menolak dakwaannya serta memilih untuk memberi ruang kepada mereka yang percaya dengan teori konspirasi untuk melakukan fitnah.

G1Iev9MXkAAbwmy

Ini soal mempertahankan maruah saya! Tuduhan ini tidak masuk akal. Individu berkenaan tahu maklumat yang dibawanya palsu, tetapi tetap menyebarkannya untuk menimbulkan mudarat, demi ideologi tertentu serta dengan hubungan jelas kepada tokoh beraliran kanan,” kata Macron dalam satu temu bual majalah, Paris Match.

BBC dalam laporannya memberitahu yang mereka telah menghubungi Owens berhubung isu ini dan pihak peguamnya menyatakan yang beliau percaya kenyataannya benar dan tiada yang lebih ‘Amerika’ daripada kebebasan bersuara dan hak untuk mengkritik.

Sumber: BBC

Sumber: X
Sumber: X
Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.