in

Ditangkap Khalwat Dalam Kereta Dengan Suami Orang, Wanita Bagi Alasan Tengah Makan Sate

Feat3 5

Anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang melakukan rondaan di Taman Keladi, Kulim malam semalam telah berjaya cekup seorang lelaki bersama kekasih gelapnya sedang berdua-duaan.

Seorang lelaki berusia 52 tahun yang merupakan suami orang dan seorang wanita berusia 26 tahun dicekup berkhalwat pada jam 10.40 malam, lapor Harian Metro.

Khalwat1

Menurut Pegawai Agama Daerah Kulim, Syeikh Muhammad Suhaimi Saleh, rondaan tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam memaklumkan bahawa pasangan itu sering dilihat berdua-duaan di dalam kereta.

Pasangan itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa PADK dan pemeriksaan juga mendapati cermin tingkap seluruh kenderaan itu dipasang pelindung cahaya.”

Pasangan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen membuktikan mereka suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.”

Difahamkan mereka bekerja di syarikat yang sama dan wanita tersebut baru bermula pada Februari lepas serta belum berkahwin. Manakala lelaki itu pula mempunyai isteri dan tiga orang anak.

Kedua-duanya dikatakan terkejut apabila ternampak penguat kuasa PADK namun wanita itu memberi alasan hanya makan sate di dalam kereta Toyota Vios yang diparkir di hadapan sebuah rumah.

Sate

Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tindakan lanjut.”

Lelaki itu dipercayai menetap di daerah ini manakala wanita itu pula berasal dari Sungai Petani dan menetap di rumah sewa di sini.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Baca: Takut Kantoi Berkhalwat, Penjawat Awam Berstatus Suami Orang Sanggup Menyorok Dalam Siling

Siling Rumah Sorok

Sumber: Harian Metro