in

“Disiplin kena ada” – Faisal Halim Kongsi 3 Perkara Yang Menjatuhkan Pemain Bola Sepak

perkara menjatuhkan pemain bola sepak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemuculan penyerang kebangsaan, Faisal Halim dalam sebuah video iklan makanan, cukup mengubat rasa rindu buat para peminatnya setelah sekian lama tidak beraksi sejak tragedi hitam pada Mei lalu.

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial Pak Mat Western, Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey berkongsi beberapa perkara yang boleh menjatuhkan seorang pemain bola sepak.


Punca kejatuhan seorang pemain bola sepak

Menurutnya, punca utama kejatuhan seorang pemain bola sepak adalah dari diri sendiri dan tiga perkara yang mempengaruhinya ialah duit, kecederaan dan juga kesilapan dalam memilih pasangan.

Artikel berkaitan: Faisal Halim Menitis Air Mata, Dedah Tak Dapat Peluk Anak Walaupun Dah Keluar Wad

Artikel berkaitan: “Tubuh kecil, jiwa besar” – Faisal Halim Makin Ceria, Peminat Syukur Nampak Perubahan

“Yang menjatuhkan pemain bola sepak diri mereka sendiri lah, yang pertama, duit, kedua; injury; ketiga; jangan salah pilih isteri.

“Yang tak kahwin lagi; girlfriend la, orang Penang kata cinggey,” katanya.

@pakmatwesterncafee

Faisal pernah berkata… #fyp #foryou #foryoupage

♬ original sound – Pakmatwesterncafee – Pakmatwesterncafee

Bagaimanapun, pemain Selangor FC ini berpesan perkara-perkara tersebut sebenarnya berbalik kepada diri sendiri dan perlu mengawal sebaiknya. Baginya, apa yang paling penting sebagai pemain bola sepak adalah disiplin.

Dalam pada itu, Faisal sempat meluahkan rasa syukur kerana mempunyai isteri yang baik serta memahami kerjaya sebagai pemain bola sepak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian Faisal, terutama perkara nombor 3 yang menjadi perhatian ramai.

Screenshot 2024 08 01 111737 Screenshot 2024 08 01 111946

Dalam pada itu, netizen menitipkan doa agar diberikan kesembuhan buat Faisal, selain berharap dapat melihat pemain kebangsaan itu beraksi kembali.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.