in

“Disebabkan oleh pembakaran peluru berpandu tentera dan bukan akibat ammonium nitrat” – Pakar

B 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan ammonium nitrat, mungkin pembakaran peluru berpandu, itulah dakwaan pakar terkemuka terhadap kes letupan di Beirut, Lubnan minggu lepas.


Danilo Coppe, 56, dari Parmesan, Itali ada mengeluarkan teori bencana yang meragut 160 nyawa dan mengakibatkan 6,000 yang lain cedera itu berdasarkan warna kepulan asap yang berwarna jingga kemerah-merahan.

 

Asap akan berwarna kuning kalau ammonium nitrat

791283

Coppe yang terkenal dengan nama samaran Mr Dynamite itu menjelaskan apabila berlaku letupan disebabkan oleh ammonium nitrat, ia akan menghasilkan kepulan asap berwarna kuning.

“Seharusnya ada pemangkin yang menyebabkan letupan tersebut. Anda boleh lihat dengan jelas warna kepulan asap itu yang menunjukkan terdapat litium dan jika dalam bentuk logam ia merupakan pendorong peluru berpandu tentera. Saya rasa wujud persenjataan di sana,” ujarnya.

Menurutnya, dia percaya letupan pertama itu bermula daripada kebakaran di tempat simpanan senjata tersebut.

“Ia kemudiannya merebak ke lokasi yang menempatkan bahan letupan tinggi yang terdapat pada roket atau misil,” tambahnya lagi.

Kelmarin, Iran menggesa negara antarabangsa supaya tidak mempolitikkan kejadian itu dan menggesa Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas Lubnan.

“Ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tujuan politik. Punca insiden itu perlu disiasat dengan teliti,” kata jurucakap Kementerian Luar, Abbas Mousavi selepas beberapa pihak sebelum ini menuduh Hizbullah yang disokong Teheran bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Lubnan dijangka menyaksikan peletakan jawatan beramai-ramai selepas dua menteri dan sembilan ahli Parlimen mengambil langkah sedemikian susulan insiden letupan dahsyat yang memusnahkan sebahagian besar Beirut. Lapor Sinar Harian.

Bencana itu juga telah manikkan kemarahan awam sehinggakan siri protes baharu telah tercetus sejak akhir minggu lalu sebagai membantah korupsi, kecuaian dan ketidakcekapan pihak berkuasa.

 

Baca : [VIDEO] Lari Lintang Pukang Selamatkan Diri, Detik Cemas Letupan Beirut Ketika Bakal Pengantin Photoshoot

Pb

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.