in

“Disebabkan dia saya banyak kena berpantun” – Anak Imbau Sikap Tegas Karam Singh, Pentingkan Penguasaan Bahasa

Ft Karam Singh Walia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak kedua kepada wartawan penyiaran, mendiang Datuk Karam Singh Walia iaitu Komander Melvinderjit Singh Walia menyifatkan bahawa biarpun mendiang seorang bapa yang tegas dalam memupuk kepentingan ilmu dalam kalangan kanak-kanak khususnya penguasaan bahasa, mendiang juga seorang bapa yang penyayang.

Katanya, seandainya dia bersama adik-beradik menggunakan ayat atau perkataan yang kurang tepat di rumah, bapanya segera menegur dan meminta perbetulkan kesilapan itu.


Artikel berkaitan: “Wartawan lejen ni” – Teruja Lihat Karam Singh Walia Berpantun, Netizen Imbau Kenangan

Artikel berkaitan: Wartawan Tak Sengaja Mengeluh Pasal Kerja Secara Live, Ingatkan Audio Dah Tutup

Bukan dari latar belakang pendidikan yang khusus dalam bidang bahasa

Karam

Mengimbau detik ketika memulakan latihan sebagai anggota pertahanan negara di Maktab Tentera Diraja (MTD), Melvinderjit berkata, tugas bapanya itu bukan penghalang untuk menghubunginya serta mengambil tahu perkembangannya di asrama.

“Yang paling saya ingat mendiang sangat gembira apabila mengetahui saya berjaya memasuki Akademi Tentera Laut Diraja Malaysia kerana itu memang hasrat beliau dari dulu, dan antara kenangan manis yang paling saya ingat, disebabkan dia saya banyak kena berpantun sewaktu latihan dahulu.”

“Kalau nak cakap mengenai ketegasan mendiang dari segi pelajaran semasa di sekolah, markah mata pelajaran bahasa sama ada Inggeris atau Melayu harus 90 peratus ke atas dan tidak boleh kurang, itu antara cara beliau mendidik kami tiga beradik.”

Screenshot 2026 04 06 175147

Dalam pada itu, anak sulung mendiang iaitu Sharonjit Kaur berkata, bapanya menderita kanser hati sejak tahun 2024, mendiang mengalami komplikasi hati berdarah kira-kira tiga hari lepas dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Bukit Tinggi, Klang untuk mendapatkan rawatan.

“Bapa dibenarkan keluar hospital pada Sabtu lepas dan apabila pulang ke rumah, dia mengadu badan berasa lenguh, tiada yang luar biasa.”

Dalam pada itu, adik kepada mendiang Jasbant Singh mengatakan biarpun abangnya itu tidak pernah memperoleh pendidikan khusus dalam bidang bahasa, abangnya berjaya mencipta cara tersendiri menerusi kesantunan bahasa dengan mengaplikasikan penggunaan pantun dan peribahasa dalam setiap laporannya.

Jasbant yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Berhad berkata ia harus menjadi contoh buat mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam dunia kewartawanan.

“Kami sekeluarga kehilangan seorang yang amat kami sayangi, selama ini Karam Singh menjadi tonggak untuk keluarganya dan juga bagi saya sebagai adiknya, dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada beliau dalam bidang kewartawanan.

“Sesungguhnya, beliau merupakan ikon kewartawanan Malaysia… pemergiannya memang dirasai bukan sahaja oleh keluarga, tetapi oleh seluruh warga kewartawanan di Malaysia,” katanya kepada Harian Metro.

Jasad Karam Singh dibawa ke Krematorium Hindu Simpang Lima kira-kira jam 4 petang selepas sesi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga tamat kira-kira 3 petang tadi.

Untuk info, Datuk Karam Singh Walia merupakan anak kelahiran Teluk Intan, Perak. Beliau yang lahir pada tahun 1959 dan dibesarkan dalam keluarga bekas anggota polis telah memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran di TV3 pada tahun 1995 sebelum bersara pada 2014 ekoran masalah kesihatan.

Beliau adalah antara wartawan alam sekitar yang paling berpengaruh di negara ini dan pernah merangkul kemenangan sebanyak dua kali untuk Anugerah Seri Angkasa dan Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) bagi kategori Wartawan Televisyen Alam Sekitar Terbaik selama empat tahun berturut-turut dari 2004 hingga 2007.

Sumber : Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.