in

Disangka Lelaki, Orang Awam Hanya Pandang Sambil Rakam Wanita Ini Melahirkan Anak Dikhalayak Ramai

Bersalin4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai rakyat yang prihatin, pastinya kita akan bantu jika melihat seseorang itu dalam kesusahan. Tapi zaman teknologi maju ni memang kejam, masing-masing berlumba nak jadi ‘pemberita’ nombor satu di media sosial sampai hilang keprihatinan.


Misalnya, insiden yang berlaku ini, petugas parking ini kalau dilihat dengan mata kasar memang orang takkan tahu dia ni wanita kerana penampilannya. Tapi, ia mula terbongkar apabila…

 

Air ketuban pecah, lahirkan anak

Bersalin Bersalin2

Lebih haru lagi wanita ini bersalin dalam keadaan berdiri, orang awam tengok sambil merakam tanpa memberikan sebarang bantuan.

Kononnya mereka sangkakan kejadian aneh berlaku, seorang lelaki yang bersalin. Aduhai kemana perginya perikemanusiaan kita!

 

Bila diperjelaskan dia perempuan, orang lain masih buat bodoh

Bersalin3

Difahamkan, kejadian ini berlaku di negara seberang. Bagaimanapun, menurut Daifa Lianti, mujurlah ada manusia yang berhati mulia datang untuk bantu.

Dukacitanya, apabila individu terangkan bahawa dia seorang wanita dan harus diberikan bantuan, semua orang disitu buat bodoh je!

Lebih hiba lagi, wanita ini bersalin di tepi jalan. Bagaimanapun keadaannya sihat dan normal selepas dia melahirkan anak.

Alahai, kalau ya pun daripada dok sibuk merakam, apa kata gunakan telefon pintar tu untuk hubungi ambulans. Sedih admin lihat muka wanita ni, tanggung sorang-sorang. Andai kata lah kalau lelaki bersalin sekali pun, apa salahnya tolong kan?

 

Baca : Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri Sebab Staf Hospital Sibuk

Ibubersalin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.