‘Serangan’ pandemik COVID-19 nyata memberikan kesan kepada seluruh dunia. Banyak syarikat mengalami kerugian sehingga ada yang terpaksa gulung tikar, lebih teruk lagi ramai individu yang hilang sumber pendapatan hidup.
Namun itu tidak mematahkan semangat mereka untuk mencari pendapatan lain bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Seperti kisah viral seorang lelaki dan juga seorang bapa dari Jakarta yang fotonya tular baru-baru ini apabila menggendong anaknya sambil mencari rezeki di tepi jalan sekitar Pangeran Antasari, Jakarta Selatan.
Lelaki yang dikenali sebagai Wahyu, 30 tahun dikatakan kehilangan pekerjaan sebagai pemandu pengangkutan awam akibat pandemik COVID-19, sehingga dia terpaksa bekerja sebagai penghibur jalanan dengan memakai maskot setiap hari, lapor Suara.com.
Apa yang sebak, kelihatan anaknya yang tertidur di gendongannya ketika dia berjalan di tepi jalan bagi mencari sumber pendapatan untuk keluarganya.
Gambarnya berehat di tepi jalan dan mencium dahi anak lelakinya juga mengundang rasa sedih netizen.
Ya Allah, moga urusan bapa ini dipermudahkan..
Baca : Kanak-Kanak 9 Tahun Di Indonesia Pakai Maskot Untuk Sara Hidup Keluarga