in

Aliff Syukri Dikecam Tunjuk Gambar Anak Masih Bertali Pusat

Baby

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Datin Nur Shahida Mohd Rashid isteri kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri dah selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.15 kilogram. Berita gembira tu dikongsikan ibu Aliff, Bonda Rozita Ibrahim kat laman Instagram dia.


Aliff sebelum ini ada berkongsi video dia teman isterinya sementara menunggu kelahiran putera baru mereka. Bayi lelaki tersebut diberi nama Yusoff Al Qardawi dan Aliff dah siap-siap buat satu akaun Instagram untuk anaknya tu tau. Wah, laju je!

11 4
sumber: instagram
33 1
sumber: instagram

Dalam akaun tu nanti Aliff memaklumkan yang dia akan lebih kerap muat naik gambar anak keempatnya yang comel ni. Kita semua memang dah tahu Datuk Aliff ni memang suka sangat share gambar kat laman sosial dia, kan?

Tapi dalam banyak-banyak tu, ada satu gambar ni membuatkan ramai kecam Datuk Aliff. Gambar yang dimuat naik tu menunjukkan saat-saat baby Yusoff baru je lahir dan masih bertali pusat. Hmm..

22 3
sumber: instagram
44 2
sumber: instagram

Rata-rata setuju yang gambar tu tak sesuai untuk tontonan umum dan better simpan untuk dilihat kaum keluarga je. Mungkin niat Aliff nak simpan buat kenangan di masa akan datang, tapi ramai yang kecam dia upload gambar bayi dalam keadaan macam tu.

Komen 5
sumber: instagram

Tapi dalam ramai-ramai tu ada jugak yang berterima kasih dan sokong tindakan Aliff muat naik gambar bayi yang masih bertali pusat ni sebab menurut mereka jarang ada orang dapat lihat keadaan ni. Siap ada yang rasa rugi Aliff tak sempat nak rakam video sewaktu isterinya bersalin. Alahai!

Sokong 1
sumber: instagram

Apa-apapun kita doakan yang terbaik untuk Yusoff, semoga membesar dengan sihat dan comel!

Baca: “Tak baik cakap kasar kat anak” – Aliff Syukri Dikecam Kerana Keluarkan Ayat Ini Pada Anaknya…

Sasav

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.