in

Dikecam Sebab ‘Depressed’ Belanja Sekolah RM200 Seminggu, Lelaki Perjelas Hal Sebenar

Ft Belanja Rm200 Seminggu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak dibandingkan dengan zaman kita sekolah, RM3 ke RM5 buat belanja sehari pun dah cukup. Kadang-kadang siap ada lebih lagi, lepas tu baki simpan buat kumpul duit beli top-up!


Ada pula ibu bapa yang jenis akan bagi duit sebulan terus, ada yang bagi RM 0, ada yang bagi RM50, tapi kalau RM200 seminggu tu, wow banyak tu, min masa kat uni pun RM100 je tau seminggu, tapi ada yang akta tak cukup?

 

Niat nak melawak tapi…

Ceritanya begini, ada seorang pengguna TikTok kongsikan zaman dia sekolah, dia menerima jumlah wang tersebut.

Dengan berlatar belakangkan muzik sendu, dia meluahkan bahawa dirinya depressed sebab tak cukup.

@azrulikram_

#fyp #fypplis #masukberandafyp #viralvideo #masukberanda

♬ original sound – . – Mai

Walaubagaimanapun sebenarnya video ini hanya sekadar lawak sarkastik tetapi tanpa diduga, video yang dah meraih lebih daripada 600K jumlah tontonan sepanjang 5 hari ia dimuatnaik ini dipandang serius dan telah mengundang banyak kecaman.

Disebabkan itu, ramai yang melabelkan lelaki ini sebagai seorang yang tak bersyukur.

Belanja Rm200 Seminggu Belanja Rm200 Seminggu 2 Belanja Rm200 Seminggu 3 Belanja Rm200 Seminggu 4

“Maybe content untuk sound ni belum lalu di fyp korang”

Disebabkan dah banyak kecaman, lelaki yang dikenali sebagai Azrul ini ada membuat penjelasan bahawa video itu hanya sekadar content untuk latar bunyi yang diberikan, sebab ia tengah trend.

@azrulikram_

Saya explain dekat sini ya , viralkan juga la kalau boleh macam mana video sarcasm yang ramai tak dapat tangkap tu sarcasm yang viral tu ya . #fyp #fypplis #masukberandafyp #viralvideo #masukberanda #explanation #sarcasm

♬ original sound – . – Mai

Untuk pengetahuan trend tersebut adalah perkongsian berdasarkan ‘pengalaman perit’ seseorang itu telah lalui (tapi tak perit mana pun semua tu hanya gurauan), tapi ramai netizen salah erti.

Oh begitu, cuba korang buka sound tu dan tengok perkongsian orang lain memang tak kering gusi.

Baca : [VIDEO] Lawak! Lelaki Dirakam Jala Ikan Tengah Jalan Buat Ramai Terhibur

Fi Jala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.